Utusan Borneo (Sarawak)

Ledakan IT tuntut setiap individu kuasai ilmu dan kemahiran bersifat global

-

Ledakan teknologi maklumat (IT) menuntut setiap individu menguasai ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang bersifat global bagi membolehka­n mereka bersaing dalam kehidupan yang lebih mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, seiring dengan tuntutan dunia global serta memenuhi aspirasi negara, setiap institusi pendidikan di semua peringkat telah dijadikan tapak utama untuk melahirkan individu yang mampu menjadi peneraju masa depan negara.

“Selaras dengan itu, untuk mencapai taraf negara maju, negara perlu memiliki tenaga kerja mahir yang akan menjadi daya penggerak dan pencetus kepada kemajuan negara.

“Justeru, untuk merealisas­ikan aspirasi negara ini, anak-anak yang akan menjadi peneraju masa depan negara perlu dilengkapi dengan segala aspek pengetahua­n dan kemahiran agar mereka dapat meneruskan kelangsung­an hidup dalam dunia globalisas­i ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang dan Graduasi Tahun 2023, Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Lingga di dewan sekolah berkenaan dekat sini semalam.

Menurutnya, ilmu dan kemahiran pada abad ini seperti kemahiran ICT, kemahiran komunikasi, interperso­nal dan intraperso­nal perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi bersaing sesama sendiri dalam dunia tanpa sempadan sekarang.

“Selain itu, para pelajar juga perlu diterapkan dengan unsure spritual, nilai agama, etika dan norma kehidupan masyarakat agar tidak mudah terpengaru­h dan terikut-ikut

dengan tingkah laku yang tidak sihat dan tidak bermoral,” jelasnya.

Katanya, kecemerlan­gan yang dicapai oleh anak-anak bukan datang daripada satu pihak semata-mata malah ini adalah hasil kerjasama antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa sendiri.

“Oleh yang demikian, Kementeria­n Pendidikan telah memperuntu­kkan wang berjuta-juta ringgit untuk melaksanak­an pelbagai program pendidikan sepanjang tahun.

“Guru-guru turut diberi pelbagai kemudahan alat mengajar bagi membolehka­n mereka menjalanka­n tugas

mengajar secara berkesan,” katanya.

Namun demikian jelasnya, hasrat dan pelaksanan ke arah kecemerlan­gan sukar dicapai secara optimum seandainya ibu bapa kurang melibatkan diri dalam tugas mendidik anak-anak mereka.

“Segala pengajaran yang disampaika­n oleh pihak sekolah dalam pengisian ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermakna kurang berkesan sekiranya anak-anak yang kita hantar ke sekolah tidak bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi.

“Tugas-tugas menyediaka­n persediaan ini sebenarnya terletak pada ibu bapa pelajar dan anak-anak perlu dilengkapi dengan peralatan sekolah yang mencukupi bagi membolehka­n mereka mengikuti proses pembelajar­an dengan lebih selesa ketika berada di dalam kelas,” jelasnya.

Tambah Mong lagi, untuk memastikan tugas mendidik anak-anak mencapai objektif pihak sekolah telah berusaha mendapatka­n sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa dengan mengadakan mesyuarat bersama ahli PIBG yang menjadi wakil para ibu bapa dalam merancang aktiviti dan menangani beberapa masalah berkaitan dengan pihak sekolah.

“Usaha seperti ini merupakan satu langkah proaktif pihak sekolah untuk mendapat kerjasama dua hala daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

“Namun begitu, kita berharap usaha ini mendapat sambutan yang menggalakk­an terutama daripada pihak ibu bapa,” katanya.

“Justeru, tiada alas an bagi ibu bapa tidak menghadiri setiap perjumpaan yang telah ditetapkan pihak sekolah untuk mengetahui perkembang­an anak-anak kita untuk memberi sokongan moral kepada pihak sekolah dan untuk menunjukka­n kita prihatin dengan anak-anak kita,” tekannya.

Pada majlis yang sama, Mong turut mengumumka­n peruntukan MRP berjumlah RM15,000 kepada PIBG SK Bakong dan RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu Bakong.

 ?? ?? TAHNIAH: Mong (enam kiri) menyampaik­anhadiah dan sijil kepada salah seorang murid cemerlang sambil diperhatik­an guru-guru kanan sekolah pada majlis berkenaan semalam.
TAHNIAH: Mong (enam kiri) menyampaik­anhadiah dan sijil kepada salah seorang murid cemerlang sambil diperhatik­an guru-guru kanan sekolah pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia