Utusan Borneo (Sarawak)

Mampu mengawal penggunaan masa ciri kejayaan pelajar cemerlang: Gerawat

-

Murid harus mempunyai disiplin diri yang tinggi dari peringkat sekolah rendah lagi agar mereka mampu mengawal penggunaan masa untuk belajar dan bukan membazirka­nnya untuk perkara tidak berfaedah dan melepak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, ia merupakan salah satu kualiti dan ciri yang dapat menentukan kejayaan seseorang pelajar dan pada masa sama mampu bersaing untuk mendapatka­n kejayaan.

Dalam ucapan perasmiann­ya pada Majlis Graduasi Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) St Columba di sini, semalam Gerawat menekankan kerjasama dan hubungan erat antara murid, guru dan ibu bapa juga penting, dalam mendidik dan memberi motivasi kepada murid untuk memastikan mereka memiliki kualiti yang dimaksudka­n.

Teks ucapan ADUN Mulu itu dibacakan wakil beliau bekas Setiausaha Politik Premier Sarawak Datuk Robert Laing Anyie.

Gerawat dalam ucapannya memberitah­u, dalam era dunia digital masa kini muird perlu memberi tumpuan kepada mata pelajaran sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) yang

amat diperlukan dalam industri digital, kejurutera­an dan pakar dalam bidang teknologi maklumat dan artificial intelligen­ce (AI).

“Selain mata pelajaran STEM, murid juga perlu menguasai bahasa Inggeris.

“Meskipun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolahsek­olah (kebangsaan) tetapi penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam kalangan muird kerana ia adalah bahasa global yang digunakan di kebanyakan negara di dunia,” jelas beliau.

Oleh sebab itu katanya, Kerajaan Sarawak mengiktira­f bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seiring dengan bahasa Melayu.

Sarawak merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang menerima dan mengiktira­f bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu dan telah

membelanja­kan lebih RM10 juta untuk latihan kepada guru Bahasa Inggeris dan menyediaka­n pelbagai bahan untuk pengajaran Bahasa Inggeris.

Seiring dengan itu juga Gerawat memberitah­u, Kerajaan Sarawak sedang membangunk­an lima sekolah antarabang­sa khas untuk murid cemerlang daripada keluarga yang kurang berkemampu­an atau B40.

“Sekolah antarabang­sa ini menggunaka­n silibus Cambridge dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara­an dan murid yang mendapat tempat dalam sekolah antarabang­sa ini tidak perlu membayar apaapa yuran dan kemudahan yang disediakan juga jauh lebih baik dan selesa daripada sekolah-sekolah biasa.

“Asrama ada disediakan, di mana sebuah sekolah antarabang­sa ini sudah

beroperasi di Kuching dan satu lagi masing-masing akan dibangunka­n di Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Sekolah ini akan menerima murid lepasan Tahun 6 yang masuk ke tingkatan satu,” katanya.

Gerawat berkata, beliau amat menggalakk­an ibu bapa memilih menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut untuk masa depan yang lebih baik dan cerah kerana ia memberi peluang merekamela­njutkanpel­ajaran ke universiti di luar negara.

Robert dalam majlis tersebut kemudian mengumumka­n peruntukan RM10,000 daripada Gerawat untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St Columba bagi tahun ini.

Turut hadir ialah Guru Besar Eno Liau, Pengerusi PIBG Jude Juda serta Vicar Gereja St Columba Reverend Rodriguez Unak Charles.

 ?? ?? TAHNIAH: Robert (baris belakang tengah) bersama tetamu yang lain bergambar bersama murid tamat Tahun 6 dari kelas 6 Love pada majlis di SK St Columba Miri, semalam.
TAHNIAH: Robert (baris belakang tengah) bersama tetamu yang lain bergambar bersama murid tamat Tahun 6 dari kelas 6 Love pada majlis di SK St Columba Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia