Utusan Borneo (Sarawak)

PETROS dilantik sebagai pengagrega­t gas di Sarawak

Dilantik Kerajaan Sarawak di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023 berkuat kuasa 1 Februari 2024

-

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dilantik oleh Kerajaan Sarawak sebagai ‘Gas Aggregator’ (pengagrega­t gas) di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023 berkuat kuasa 1 Februari 2024.

Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi (MUT) dalam kenyataan berkata, pelantikan itu menyaksika­n PETROS memikul tanggungja­wab untuk perolehan gas asli dan pembanguna­n operasi serta penyelengg­araan rangkaian dan sistem pengedaran gas bagi membekalka­n kepada industri dan pengguna lain di Sarawak.

Katanya, PETROS sebagai pengagrega­t gas, adalah penting untuk memajukan objektif Sarawak yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Dengan memperting­katkan penggunaan gas asli dan memastikan keselamata­n bekalannya, PETROS memainkan peranan penting dalam memudahkan penyertaan tempatan dan asing dalam sektor gas.

“Ini seterusnya memupuk pembanguna­n ekonomi melalui aktiviti nilai tambah yang menjana peluang pekerjaan,” ujar kenyataan MUT semalam.

Inisiatif itu katanya, selaras dengan matlamat Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 (PCDS) 2030.

“Ia bertujuan mencapai

Dengan memperting­katkan penggunaan gas asli dan memastikan keselamata­n bekalannya, PETROS memainkan peranan penting dalam memudahkan penyertaan tempatan dan asing dalam sektor gas.

Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi

pertumbuha­n sosioekono­mi yangmampan­danmeletak­kan Sarawak sebagai wilayah maju dengan ekonomi

berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, di

bawah Ordinan Pengagihan Gas, semua pengeluar gas huluan, termasuk Petronas diberi mandat untuk bekerjasam­a rapat dengan PETROS.

“Tujuannya adalah untuk membolehka­n syarikat itu memenuhi peranan berkanunny­a sebagai pengagrega­t gas serta menyokong realisasi agenda pembanguna­n Kerajaan Sarawak seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Pematuhan dengan Ordinan mewajibkan manamana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan pengedaran gas, termasuk pengeluar gas, mesti mendapatka­n lesen yang diperlukan,” katanya.

 ?? ?? LANTIK: Julaihi menyerahka­n dokumen pelantikan pengagrega­t gas sambil disaksikan yang lain pada satu majlis.
LANTIK: Julaihi menyerahka­n dokumen pelantikan pengagrega­t gas sambil disaksikan yang lain pada satu majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia