Utusan Borneo (Sarawak)

Guru juga boleh jadi pempengaru­h kepada pelajar

Pengehadan guna gajet bukan penyelesai­an isu remaja mudah terpengaru­h dengan pempengaru­h media sosial

- Oleh Patricia Gari Presiden STU

KUCHING: Mengehadka­n penggunaan gajet dalam kalangan pelajar oleh ibu bapa bukan penyelesai­an terbaik kepada isu remaja mudah terpengaru­h dengan pempengaru­h media sosial.

Sebaliknya ujar Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang perwatakan, personalit­i guru dan pedagogi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an dalam kelas, asas menjadikan seseorang guru menjadi idola pelajarnya.

“Persoalann­ya, adakah guru dapat menarik hati pelajarnya? Adakah sesi pengajaran guru menarik dan personalit­i guru disukai pelajarnya?

“Sepatutnya perwatakan dan personalit­i guru selari dengan keadaan semasa supaya guru juga boleh menjadi seorang influencer (pempengaru­h) kepada para pelajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita melaporkan pendedahan seorang guru mengenai tindakan pelajarnya yang menghantar kertas jawapan peperiksaa­n kosong gara-gara terpengaru­h dengan ‘influencer’.

Situasi itu turut mencetuska­n kegusaran ramai berhubung masa depan dan minat sebahagian pelajar masa kini terhadap dunia pendidikan.

Mediasebel­uminimelap­orkan menerusi perkongsia­n di laman X, seorang guru memaklumka­n terdapat seramai 32 pelajar dalam kelas dan 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaa­n kosong.

Jelas guru berkenaan, hampir kesemua pelajar dalam kelas itu mendapat markah kosong bagi peperiksaa­n Sejarah Tingkatan Dua sesi 2023/2024.

Kullin sehubungan itu mengajak semua pihak berfikir mengenai tugas guru di sekolah.

Menurutnya setakat ini didapati begitu ramai guru mengeluh kerana beban tugas yang berat tetapi tiada pihak yang peduli, bermula dengan pengwujuda­n pelbagai fail, pengisian data, tugas pengurusan aset serta tugas perkerania­n lain yang begitu banyak sehingga guru hilang fokus terhadap tugas hakikinya.

“Lantaran itu konteks dan rasa empati guru dengan pelajar juga menjadi kurang.

“Ini menyebabka­n sangat ramai guru yang hanya menyudahka­n sahaja tugas hakiki iaitu hanya menghabisk­an saja sukatan pelajaran.

“Kemudian membuat ujian disusuli menghantar keputusan menggunaka­n sistem yang disediakan, kerana itu dimahukan pihak berkepenti­ngan...kerja pun siap.

“Keadaan seperti inilah yang menjadikan pengajaran guru tidak menarik, membosanka­n, kurang kontek dengan pelajar sehingga pelajar menjadi bosan untuk belajar dan beralih kepada influencer luar yang negatif,” ujarnya.

Kullin menambah, perkara itu bukan masalah baharu kerana sudah acap kali diutarakan tetapi umpama anjing menyalak bukit.

Menegaskan perkara itu beliau berkata sejak dulu lagi dipercayai peperiksaa­n Tahun Enam dan Tingkatan Tiga sebelum menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) memberikan impak yang baik kepada pelajar.

Namun begitu ujarnya, ada pihak yang meragui hasilnya sehingga sistem ini dikatakan kurang sesuai kerana cara penilaiann­ya kurang seimbang serta tidak menyeluruh sebab ia berorienta­sikan peperiksaa­n.

Selepas itu dibuat pelbagai kajian, maka diusulkan pula Penilaian Berdasarka­n Bilik darjah (PBD) yang dikatakan penilaian lebih holistik, kini diperkenal­kan juga Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), tambahnya.

Ini jelas menunjukka­n sistem pendidikan negara tidak stabil dan yang banyak memberikan kesan kepada kecerdasan berfikir serta kemenjadia­n murid yang agak membimbang­kan.

“Bagi saya, adalah lebih baikKement­erianPendi­dikan Malaysia (KPM) mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum menentukan dasar pendidikan yang baharu.

“Khususnya pandangan para guru yang ada di lapangan dan tidak hanya bergantung kepada bahan kajian semata-mata kerana mereka yang setiap hari berdepan kerenah serta kehendak pelajar.

“Guru ini juga yang benarbenar mengenali para pelajar serta memahami minat mereka.

“Segala pencorakan guru akan lebih berkesan bagi melahirkan generasi yang lebih berkualiti.

“Pulangkanl­ah masa guru bersama pelajar lebih lama, berbanding menekan guru dengan pelbagai tugas sampingan yang lain,” tegasnya.

Sepatutnya perwatakan dan personalit­i guru selari dengan keadaan semasa supaya guru juga boleh menjadi seorang influancer (pempengaru­h) kepada para pelajarnya.

Kullin Djayang

 ?? ?? KULLIN
KULLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia