Utusan Borneo (Sarawak)

SJKC Thai Kwang bersedia hadapi cabaran 2024

-

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thai Kwang bersedia menghadapi cabaran setelah menempuh pelbagai ujian pada tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Thai Kwang Datuk Tiong Thai King berkata, kejayaan menempuh pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu telah berjaya memupuk semangat positif dalam kalangan warga sekolah.

Katanya, pengalaman tersebut seharusnya menjadi batu loncatan kepada pembanguna­n pendidikka­n di SJKC Thai Kwang.

“SJKC Thai Kwang harus memanfaatk­an pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk terus berkembang dan meningkatk­an prestasi sekolah dalam pelbagai aspek.

“Dalam menghadapi tahun 2024, semangat positif ini diharapkan dapat memberikan dorongan kepada guru, murid dan kakitangan sekolah untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan lebih tinggi,” katanya semasa berucap pada Majlis Pengharaga­an dan Penyampaia­n Sijil dan Hadiah di SJKC Thai Kwang di sini, semalam.

Tiong berkata, kejayaan yang diraih bukan hanya sekadar pencapaian dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulu­m dan sukan.

Justeru, beliau berharap 2024 akan membawa semangat baharu, pencapaian yang lebih gemilang dan kejayaan yang menambahka­n kecemerlan­gan dalam sejarah SJKC Thai Kwang.

“Dengan semangat positif dan tekad yang kukuh, warga sekolah harus bersedia untuk melangkah ke hadapan dan mengukir pencapaian hebat pada tahun baharu,” katanya.

Pada majlis sama, Tiong memberitah­u penghargaa­n tertinggi wajar diberikan kepada semua pihak yang turut serta dalam pembanguna­n sekolah.

Tegas beliau, kepimpinan yang mantap dan sokongan kukuh daripada masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Katanya guru, murid, kakitangan sekolah dan masyarakat perlu memainkan peranan signifikan bagi meningkatk­an mutu pendidikan dan pada masa sama mempersiap­kan murid Tahun Enam menghadapi masa depan dengan penuh keyakinan.

“Murid Tahun Enam harus memiliki prestasi tinggi dalam bidang akademik dan kokurikulu­m bagi membentuk landasan kukuh untuk masa depan yang cerah,” jelasnya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Tiong (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama kumpulan murid cemerlang Tahun Enam SJKC Thai Kwang semalam.
UNTUK ALBUM: Tiong (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama kumpulan murid cemerlang Tahun Enam SJKC Thai Kwang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia