Utusan Borneo (Sarawak)

PDP Wilayah Tengah rai media sempena TBC

-

SIBU: Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah telah meraikan pihak media di sini pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di sebuah restoran kelmarin.

KetuaPemud­aPDPBawang Assan Joshua Ting mewakili Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pada majlis tersebut yang dihadiri lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi.

Ting yang juga pengerusi penganjur majlis dalam ucapannya menyampaik­an penghargaa­n kepada semua wartawan daripada Sin Chew Daily, See Hua Daily, The Borneo Post, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), The Star, Utusan Sarawak, Utusan Borneo, New Sarawak Tribune, Bernama

dan Televisyen Sarawak (TVS) yang hadir.

“Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua atas usaha gigih dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyampaik­an berita yang tepat dan terkini kepada masyarakat.

“Dalam dunia di mana maklumat adalah penting, peranan anda adalah sangat penting.

“Anda bukan sahaja menyampaik­an maklumat yang tepat tetapi juga memainkan peranan penting dalam semua aspek pada hari ini,” ujarnya.

Menurut Ting lagi, semangat dan kreativiti pengamal media membantu membentuk komuniti di sini dengan cara yang luar biasa.

“Saya berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” jelasnya yang juga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Majlis dimeriahka­n dengan persembaha­n busking serta cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Pengerusi PDP Bawang Assan Kapitan Wong Hua, Pengerusi PDP Nangka Kaunselor Teo Nging Poh serta Pengerusi PDP Bukit Assek Kaunselor Joseph Lim.

Sementara itu, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PDP akan diadakan di Pusat Komersial Pulau Li Hua pada 12 Februari ini bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Majlis dijangka dihadiri Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya merangkap Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing.

 ?? ?? MESRA: Para pengamal media bersama ahli Parti Demokratik Progresif Wilayah Tengah pada majlis makan malam di Sibu, kelmarin.
MESRA: Para pengamal media bersama ahli Parti Demokratik Progresif Wilayah Tengah pada majlis makan malam di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia