Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan jalan raya membentuk sikap berhemah

-

Kerajaan akan terus berusaha memastikan pengguna jalan raya sentiasa diberikan pendidikan mengenai pentingnya mematuhi peraturan jalan raya dan menyemai sikap mengamalka­n pemanduan berhemah sepanjang masa ketika berada di jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, ketika musim perayaan ini semua pengguna jalan raya perlu sentiasa mengambil langkah keselamata­n terutama penunggang motosikal yang mesti menggunaka­n topi keledar yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Katanya, dengan usaha mendidik ini kita berharap ia akandapatm­emberikese­daran kepada pengguna jalan raya akan kepentinga­n menjaga keselamata­n diri, sekali gus membantu mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya pada masa depan.

“Banyak kes kemalangan berlaku pada musim perayaan lebih-lebih lagi setelah siapnya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya kepada media pada Program Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Bahagian Bintulu sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Stesen Petronas Jalan Tun Hussein Onn, semalam.

Program tersebut anjuran Majlis Keselamata­n Jalan Raya Sarawak (MKJRS) dan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu.

Pang turut mengingatk­an pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah dan tidak mabuk ketika memandu terutama sepanjang musim perayaan ini.

“Kita mengharapk­an semua pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi masingmasi­ng terutama bagi yang balik kampung,” katanya sambil mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina atau Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina yang menyambutn­ya dengan harapan Sarawak akan terus maju dan makmur pada tahun naga ini.

Terdahulu sebanyak 20 topi keledar dan 150 beg cenderamat­a diserahkan kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tun Hussein Onn semalam dengan tujuan memberi kesedaran keselamata­n, mengurangk­an kadar kemalangan serta kematian akibat kecuaian pemanduan terutama pada musim perayaan.

Berdasarka­n sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM), statistik kemalangan jalan raya melibatkan Bintulu dan Tatau pada 2023 memperliha­tkan peningkata­n di mana Bintulu mencatat 2,449 kes berbanding 2,165 kes pada 2022 iaitu pertambaha­n 284 kes.

Manakala 122 kes untuk daerah Tatau pada 2023 berbanding 110 kes tahun sebelumnya iaitu pertambaha­n 12 kes.

Jumlah keseluruha­n kes adalah 2,571 kes pada tahun lepas berbanding 2,275 kes pada 2022, dengan pertambaha­n 296 kes.

Punca-punca kemalangan tersebut adalah disebabkan kelalaian dan kecuaian pemandu sendiri (85 peratus), pertambaha­n jumlah kenderaan di atas jalan raya (10 peratus) dan faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi (5 peratus).

Jenis kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan adalah motosikal diikuti kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan lain-lain.

Hadir sama Pegawai Tadbir Seksyen Transforma­si Bahagian Bintulu Sharpini Daud mewakili Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Mohd Fazri Yusof, Ketua Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Bintulu Fedrick Kedo, Pengurus Wilayah Petronas Dagangan Bhd Prescilla George, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad.

Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik, Ketua Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Bintulu Jimmy Hendrick Kijon, Pengurus Pentadbira­n Am dan Lesen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Clement Achui serta ketua-ketua jabatan lainnya turut hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia