Utusan Borneo (Sarawak)

Rosakkan kereta dan telefon bekas kekasih, pemuda dikenakan bon berkelakua­n baik

-

Seorang pemuda dikenakan bon berkelakua­n baik selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah merosakkan kereta dan telefon pintar bekas kekasihnya kerana tidak mahu menerima permintaan mangsa untuk memutuskan hubungan dengannya.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah­kan pesalah muda berusia 20 tahun yang tidak diwakili peguam itu dibebaskan dengan bon RM1,000 (tidak didepositk­an) berserta seorang penjamin tempatan.

Keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan sosial dikemukaka­n oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat semalam.

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menumbuk cermin kereta mangsa di bahagian penumpang hadapan sehingga menyebabka­nnya pecah dan seterusnya menimbulka­n kerugian berjumlah RM600.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada 3 Januari 2024, sekitar jam 3.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini.

Pertuduhan kedua pula menyaksika­n tertuduh pada 2 Januari 2024, kira-kira jam 11.30 malam di tempat sama, telah membaling telefon milik mangsa ke lantai sehingga menyebabka­nnya rosak dan mengakibat­kan kerugian RM450.

Fakta kes mendedahka­n tertuduh yang bekerja sebagai kru servis di sebuah restoran di

LTAK telah memarahi mangsa yang juga bekerja di restoran sama, susulan dia tidak mahu menerima mangsa memutuskan hubungan dengannya.

Tertuduh turut dilaporkan menumbuk cermin kereta mangsa, selain merampas telefon pintar mangsa dan membalingn­ya ke atas lantai sehingga menyebabka­n telefon tersebut rosak.

Akibat kejadian tersebut, mangsa membuat laporan polis, mengakibat­kan tertuduh ditangkap pada 4 Januari.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia