Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Miri menggerakk­an lebih 100 kakitangan untuk Ops Selamat TBC

-

Lebih 100 pegawai dan anggota polis dari semua bahagian, cawangan dan balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri digerakkan sepanjang Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) selama enam hari bermula hari ini hingga 13 Februari.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi kali ini memberikan tumpuan kepada dua perkara utama iaitu pencegahan jenayah, terutama di rumah-rumah yang ditinggalk­an dan pencegahan kemalangan jalan raya.

“Bagi pencegahan kemalangan jalan raya, kita memberi tumpuan kepada tiga lokasi iaitu Jalan Bakam di Jalan Pesisir Pantai Miri, Jalan Miri-Bypass dan Jalan Pan Borneo.

“Untuk makluman statistik kemalangan jalan raya semasa Ops Selamat sempena sambutan TBC 2023 yang lepas menunjukka­n penurunan enam kes atau 10.22 peratus berbanding

operasi sama dijalankan pada musim TBC 2022.

“Tahun 2023 mencatatka­n jumlah kemalangan sebanyak 51 kes sahaja melibatkan kemalangan maut, ringan dan rosak berbanding operasi sama pada tahun 2022 yang mencatatka­n 57 kes.

“Tahun ini kita harap orang ramai memberikan kerjasama

supaya memandu berhati-hati dan hendaklah bersama-sama mencegah kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut dan kita tidak mahu kemalangan jalan raya di Miri ini meningkat semasa musim perayaan TBC yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen dan Advokasi Keselamata­n Jalan Raya atau Ops Selamat sempena perayaan TBC 2024 di Morsjaya di sini, kelmarin.

Di samping itu kata Alexson, antara punca-punca peningkata­n kemalangan jalan raya yang dikenal pasti sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas melibatkan kelalaian dan kecuaian pemandu sendiri sebanyak 85 peratus, pertambaha­n jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya (10 peratus) dan faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi (lima peratus).

Selain itu, Alexson turut menasihati masyarakat yang hendak pulang ke kampung agar memaklumka­n kepada pihak polis melalui saluran yang disediakan agar rondaan berkala dapat dijalankan bagi memastikan rumah yang ditinggalk­an dalam keadaan selamat dan tidak dipecah masuk penjenayah semasa musim perayaan ini.

 ?? ?? JAYAKAN BERSAMA: Alexson menyampaik­an beg cenderamat­a kepada seorang penunggang motosikal sempena pelancaran Kempen dan Advokasi Keselamata­n Jalan Raya atau Ops Selamat TBC 2024 di Miri, semalam.
JAYAKAN BERSAMA: Alexson menyampaik­an beg cenderamat­a kepada seorang penunggang motosikal sempena pelancaran Kempen dan Advokasi Keselamata­n Jalan Raya atau Ops Selamat TBC 2024 di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia