Utusan Borneo (Sarawak)

850 polis bertugas sepanjang Ops Selamat hingga 13 Feb

Melibatkan anggota dan pegawai polis bertugas sempena perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh negeri

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seramai 850 anggota dan pegawai polis akan bertugas sepanjang Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di seluruh negeri.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata operasi tersebut dijalankan bermula 8 hingga 13 Februari ini bertujuan menjaga keselamata­n pengguna jalan raya serta memastikan lalu lintas bergerak lancar.

Menurutnya, tumpuan Ops Selamat TBC 2024 ini adalah di Jalan Persekutua­n, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

“Operasi ini bertujuan mewujudkan rasa selesa dan selamat di kalangan pengguna jalan raya dengan menempatka­n petugas polis di lokasi terpilih yang sering berlaku kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu ia juga bertujuan mencegah jenayah pecah rumah ke atas kediaman yang ditinggalk­an semasa penghuni pulang bercuti dengan membuat rondaan berkala bagi memastikan premis kediaman yang ditinggalk­an dalam keadaan selamat daripada sebarang pelakuan jenayah,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Ops Selamat TBC 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Tambahnya, Polis Sarawak juga berkolabor­atif dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Jambatan Laut Sarawak untuk memastikan keselamata­n orang ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an air terjamin.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada pengusaha bot ekspres dan pengangkut­anpengangk­utan air yang lain agar matlamat kemalangan

sifar di sungai dan laut dapat direalisas­ikan.

“Pasukan Polis Marin (PPM) juga akan diletakkan untuk memantau pergerakan

di perairan bagi daerahdaer­ah yang menggunaka­n pengangkut­an air seperti daerah Sibu, Kapit, Song, Belaga, Kanowit dan Tatau

serta daerah-daerah lain yang banyak menggunaka­n laluan sungai,” katanya.

Untuk makluman, statistik kemalangan jalan raya semasa

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? UNTUK KESELAMATA­N: Mancha memakaikan topi keledar yang lebih selamat kepada penunggang motosikal semasa majlis pelancaran Ops Selamat TBC 2024.
— Gambar Chimon Upon UNTUK KESELAMATA­N: Mancha memakaikan topi keledar yang lebih selamat kepada penunggang motosikal semasa majlis pelancaran Ops Selamat TBC 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia