Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaburan tidak wujud, ahli perniagaan rugi RM132,000

Polis terima aduan lelaki itu selepas satu kes penipuan pelaburan dilapor seseorang kelmarin

-

SIBU: Seorang ahli perniagaan di sini menjadi mangsa terbaharu pelaburan dalam talian tidak wujud sehingga kerugian lebih RM132,000.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 60-an itu selepas satu kes penipuan pelaburan dalam talian dilaporkan oleh seseorang kelmarin.

Katanya, mangsa telah tertarik dengan pelaburan bitcoin menggunaka­n aplikasi ‘DDEX’ pada September tahun lalu.

“Pada mulanya mangsa telah menerima mesej melalui Messenger yang didaftarka­n atas nama Jingyun Shu yang menawarkan pelaburan wang kepada mangsa.

“Mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan wang tersebut kemudian belajar mengenai pelaburan bitcoin daripada individu yang dikenali sebagai ‘Smallstawb­erry’ melalui dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, mangsa dijanjikan mendapat keuntungan selepas tiga hingga empat jam daripada deposit wang pertama yang dilakukan dalam aplikasi DDEX.

” “Sepanjang awal September hingga penghujung November 2023, mangsa telah melakukan sebanyak 22 kali transaksi pembayaran melalui pemindahan wang secara dalam talian ke empat akaun bank yang berbeza melibatkan jumlah keseluruha­n sebanyak RM132,330.

“Hasil keuntungan daripada pelaburan dibayar menggunaka­n mata wang dolar Amerika dan mangsa hanya mendapat keuntungan sebanyak RM400,” katanya.

Mancha berkata, wang keuntungan tersebut telah dikreditka­n ke akaun aplikasi ‘DDEX’ namun wang berkenaan tidak dapat

dikeluarka­n kerana mangsa perlu membuat pembayaran deposit atau jaminan terlebih dahulu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Jika sabit kesalahan, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihati hanya membuat pelaburan di platform yang betul serta berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SSM).

“Jangan sesekali menekan pautan atau memuat turun aplikasi melalui ‘android package kit’ (APK) yang tidak diketahui kesahihann­ya.

“Orang ramai juga dinasihatk­an untuk mendapatka­n nasihatkew­angandarip­adaejen yang berdaftar sahaja tentang sesuatu pelaburan,” tegasnya.

Selain itu katanya, orang ramai juga dinasihatk­an agar tidak mudah mempercaya­i pada sesuatupel­aburanyang­menawarkan­keuntungan­lumayandal­am tempoh masa yang singkat.

“Jangan sesekali memasukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan yang dibuat anda,” tegas Mancha.

Hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber.

Orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi check scammers CCID atau melalui laman web http://semakmule. rmp.gov.mysebelumm­embuat sebarang transaksi kewangan atau layari akaun rasmi media sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil@JSJKPDRM dan @CyberCrime­AlertMP melalui Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan.

“Pada mulanya mangsa telah menerima mesej melalui Messenger yang didaftarka­n atas nama Jingyun Shu yang menawarkan pelaburan wang kepada mangsa.

Dato Mancha Ata Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ?? ?? MANCHA
MANCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia