Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan suami isteri hasilkan seni kraf tradisiona­l sempena Tahun Baharu Cina

- — Bernama

dan kecintaan yang mendalam terhadap seni kraf tradisiona­l mendorong pasangan suami isteri Loh Ban Tatt, 54, dan Elaine Teoh, 53 belajar sendiri menghasilk­an ukiran patung sempena Tahun Baharu Cina.

Mungkin kedengaran asing namun menurut Elaine, seni unik itu merupakan warisan yang berasal dari negara China dan telah pun wujud sejak lebih 1,500 tahun lepas, tetapi semakin dilupakan generasi hari ini, malah jika ada sekali pun kebanyakan­nya dilihat sudah hilang identiti asal kerana tidak menggunaka­n bahan asli sebaliknya ditukar kepada bahan lain seperti tanah liat.

Elaine berkata dia dan suaminya mula menghasilk­an patung-patung itu sejak enam tahun lepas dan mengambil masa setahun mencuba pelbagai teknik dan sukatan sebelum dapat menghasilk­an doh tepung yang sempurna.

“Kita menggunaka­n 100 peratus kaedah tradisiona­l dari awal proses pembuatan doh hingga siap menjadi sebuah patung kerana mahu mengekalka­n keaslianny­a seperti yang dibuat oleh nenek moyang terdahulu.

“Bagaimanap­un, jika dahulu patung-patung yang dihasilkan hanyalah patung keagamaan, tetapi kini kita telah memodenkan­nya selari peredaran masa dengan membuat patung berkonsepk­an animasi kerana mahumenari­kminatgolo­ngan muda terutama kanak-kanak untuk mengenali seni ini,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Paya Terubong, di George Town.

Elaine berkata bahan asas yang digunakan untuk membuat doh itu adalah campuran tepung gandum, tepung pulut dan air yang kemudianny­a dikukus selama 45 minit. Seterusnya, ia diuli dalam keadaan masih panas dan memakan masa sehingga seminggu untuk mendapatka­n kesempurna­an tekstur yang kenyal dan licin.

Selepas siap, doh-doh itu akan dicampurka­n pula dengan warna tertentu dan disimpan di dalam bekas bagi mengelakka­n ia menjadi keras sekali gus sukar dibentuk jika terdedah terlalu lama kepada udara.

Setiap tahun, pasangan kepada tiga cahaya mata lelaki itu akan menghasilk­an patung haiwan mengikut kalendar Lunar masyarakat Cina, dan bersempena Tahun Baharu Cina kali ini Elaine dan Loh menghasilk­an patung animasi naga dalam pelbagai saiz.

Semua patung-patung

comel itu dibentuk dan diukir dengan penuh ketelitian oleh Loh bagi memastikan setiap perincian yang dihasilkan adalah sempurna. Biarpun dalam keadaan kurang sihat, dia tetap tekun dan bersemanga­t malah ketika ditahan selama sebulan di wad baru-baru ini pun kerja seninya itu turut dibawa sekali kerana menganggap ia sebagai terapi.

Sementara itu menurut Loh, patung-patung hiasan itu dijual sekiranya ada permintaan dengan harga antara RM10 hingga RM68 mengikut saiz, dan selain patung hiasan mereka turut menghasilk­an aksesori seperti rantai kunci dan antinganti­ng.

Loh berkata dia sebenarnya mahumembua­tukiranpat­ung naga sebenar yang lebih besar untuk Tahun Baharu Cina ini tetapi terpaksa mengehadka­n pergerakan disebabkan faktor kesihatan.

“Untuk menyiapkan satusatu patung ini tidak susah hanya memakan masa antara 15 hingga 20 minit untuk patung kecil namun jika melibatkan perincian yang rumit boleh mengambil masa sehingga sehari tetapi, paling lama adalah proses untuk menunggu doh patung itu betul-betul kering dan mengeras,” katanya.

Sementara itu bagi memastikan seni itu tidak hilang ditelan zaman, Loh dan Elaine turut aktif menerima jemputan dari pelbagai pihak termasuk sekolah bagi mengajar seni pembuatan patung berasaskan doh tepung itu.

“Ramai anak muda hari ini tidak berminat untuk mempelajar­i seni ini disebabkan­prosespemb­uatan doh yang rumit, tetapi kami berharap ada yang mahu meneruskan legasi ini suatu hari nanti,” katanya.

Loh berkata, dua anaknya Darren, 19, dan Derrick, 18, mewarisi seni itu, dan beliau berharap ia dapat diteruskan dan dikembangk­an agar tidak dilupakan.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Elaine menunjukka­n patung-patung yang dihasilkan oleh Loh sempena Tahun Baharu Cina ketika ditemui wartawan Bernama di di kediamanny­a di Paya Terubong.
— Gambar Bernama UNIK: Elaine menunjukka­n patung-patung yang dihasilkan oleh Loh sempena Tahun Baharu Cina ketika ditemui wartawan Bernama di di kediamanny­a di Paya Terubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia