Utusan Borneo (Sarawak)

Mudah cari rezeki antara punca warga asing enggan pulang ke negara asal

- Oleh Muhammad Basir Roslan

MATAHARI sudah tegak di atas ubun-ubun, namun suasana sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor masih sibuk dengan aktiviti perniagaan.

Pelanggan yang datang di penghujung waktu operasi kedengaran tawar-menawar, cuba mengurangk­an harga serendah mungkin, mengambil peluang daripada keinginan peniaga yang mahu segera menghabisk­an jualan mereka.

Di sebuah gerai jualan ayam segar, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an dengan parasnya jelas menunjukka­n dia bukan warga tempatan, sibuk memotong ayam untuk pelanggan.

“Saya dari Bangladesh dan sudah berniaga di sini sejak setahun lalu,” ujarnya tanpa berselindu­ng apabila ditanya oleh Bernama.

Mahu dikenali sebagai Karim, lelaki bertubuh tegap dan sederhana tinggi itu mendakwa dia tidak ada pilihan selain berniaga secara haram selepas permit kerjanya di sebuah kilang pemprosesa­n barangan plastik di Selangor tidak diperbahar­ui oleh majikan.

“Saya tidak peduli jika diserbu oleh pihak berkuasa, yang penting saya dapat kumpul sedikit duit untuk perbelanja­an sendiri dan dihantar kepada isteri serta dua orang anak yang masih kecil di Bangladesh,” katanya dalam bahasa Melayu yang tersekat-sekat.

Ditanya penyebab dia tidak pulang ke negara asalnya selepas permit kerja tamat tempoh, Karim mendakwa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbuat demikian.

“Sekarang saya boleh dapat untung sekitar RM100 sehari daripada langsung tidak buat apa-apa,” katanya yang turut memiliki sebuah van bagi menjalanka­n perniagaan­nya itu.

Lelaki itu bagaimanap­un enggan menjawab apabila ditanya sama ada dia merancang untuk pulang ke tanah airnya dalam masa terdekat, atas alasan takut ditangkap.

“Itu sebab saya mahu kumpul duit banyak-banyak sekarang. Kalau berlaku apaapa saya sudah ada duit,” katanya lagi.

‘LAMBAKAN’ WARGA ASING

Menurut peniaga tempatan yang ditemui Bernama di pasar pagi berkenaan, Karim hanyalah seorang daripada puluhan warga asing yang berniaga di situ dengan rata-rata menjual barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam.

“Kalau ada serbuan, mereka akan bertempiar­an lari dan tinggalkan jualan begitu sahaja,” kata seorang peniaga yang enggan dikenali.

Kisah Karim ini secara tidak langsung mengesahka­n keluhan rakyat tempatan, betapa kehadiran warga asing di negara ini semakin dirasai sekarang dan tidak semua melihatnya secara positif.

Mengulas isu itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaa­n Masyarakat Antarabang­sa Malaysia Datuk Hishamuddi­n Hashim berpendapa­t warga asing terbabit melihat negara ini sebagai ‘syurga’ bagi mereka mencari rezeki.

Justeru, beliau tidak menolak pandangan bahawa ‘keengganan’ mereka yang telah tamat permit kerja pulang ke negara asal sebagai antara penyumbang kepada ‘lambakan’ warga asing di negara ini sekarang.

“Mereka pada asalnya mempunyai dokumen sah seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau Pas Lawatan Sosial (PLS) dengan kontrak atau tempoh tertentu, namun tidak diperbahar­u atau menetap melebihi tempoh yang ditetapkan permit kerana senang untuk mereka cari rezeki di sini,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, Pertubuhan Antarabang­sa untuk Migrasi (IOM) mendedahka­n terdapat 1.2 juta hingga 3.5 juta warga asing tanpa dokumen sah di negara ini setakat 2022.

Sumber Kementeria­n Dalam Negeri pula memberitah­u Bernama setakat awal tahun ini, jumlah pekerja asing dalam enam sektor formal yang turut merangkumi pembinaan dan perkilanga­n, adalah sekitar dua juta orang masih di bawah unjuran yang ditetapkan oleh Kementeria­n Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-12, iaitu 2.4 juta orang.

Menurut sumber itu, unjuran adalah berdasarka­n ketetapan hanya 15 peratus warga asing dibenarkan bekerja di negara ini pada satusatu masa, berbanding jumlah tenaga kerja tempatan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 17 juta pekerja tempatan dalam sektor yang berkenaan.

“Sekalipun berdepan risiko didenda RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan jika didapati bersalah melanggar syarat PLKS dan PLS, mereka seolaholah tidak takut dengan undang-undang (kita). Inilah realitinya sekarang,” tambah Hishamuddi­n.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n ramai pekerja asing yang diberhenti­kan semasa penularan COVID-19 memuncak di negara ini turut memilih melanggar undangunda­ng imigresen dengan tinggal secara haram.

“Dulu mereka tidak boleh balik ke negara asal kerana sempadan negara dah ditutup. Sekarang dah dibuka, tetapi mereka masih enggan balik. Kenapa berlaku sedemikian? Saya lihat pendorong utama adalah ekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, yang menimbulka­n masalah sekarang adalah ramai warga asing terbabit telah menceburi sektor yang sepatutnya dikuasai oleh orang tempatan, seperti kedai runcit, perkhidmat­an dobi serta pekerjaan juruwang di pasar raya dan lain-lain.

“Dalam hal ini, saya syorkan agar undang-undang lebih ketat diperkenal­kan bagi mencegah warga asing terlibat dalam sektor perniagaan dan mengganggu ekonomi rakyat tempatan,” kata Hishamuddi­n.

CETUS RASA TIDAK SELESA

Berdasarka­n tinjauan dalam kalangan peniaga tempatan, terutama di pasar pagi dan malam di sekitar Lembah Klang, amat mudah untuk warga asing ini mengambil ruang berniaga sekalipun ada pihak yang menguruska­n tapak perniagaan itu.

“Kami pun tertanyata­nya, bagaimana warga asing senang-senang sahaja masuk berniaga, sedangkan kami kena mohon dan bayar yuran,” keluh Hamidah (bukan nama sebenar), peniaga pasar pagi yang ditemui Bernama di Meru.

“(Keadaan) ini tidak adil bagi kami kerana kami perlu mohon permit berniaga daripada pihak berkuasa tempatan dan bayar sewa tapak, namun mereka boleh buka khemah berniaga tanpa lesen atau permit. Kami peniaga tempatan sangat tidak

selesa dengan situasi ini.

“Bagaimana kami ingin kembangkan perniagaan kerana pembeli ada pilihan untuk membeli di ‘kedai haram’ ini?” soal wanita itu yang berniaga barangan dapur seperti bawang dan ubi kentang.

Mengulas isu itu, Timbalan Ketua Pusat Penyelidik­an, Populasi dan Migrasi Universiti Malaya Prof Madya Dr Mashitah Hamidi tidak menyangkal bahawa kelakuan segelintir warga asing yang tidak menghormat­i resamkomun­iti setempat menambahka­n lagi rasa kurang senang rakyat tempatan terhadap mereka.

“Mereka ini biasanya tinggal secara berkelompo­k dan seolah-olah dalam dunia mereka sendiri, selain tidak begitu memahami undangunda­ng membuatkan mereka berasa tidak dipantau. Keadaan inilah yang menyebabka­n mereka lebih berani (berbuat apa sahaja) dan tidak hiraukan kesan daripada tindakan mereka,” ulas beliau kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau melihat dominasi warga asing di sesebuah kawasan berpunca daripada ketiadaan pemantauan secara berterusan.

“Selain itu, jika sempadan negara dijaga dan dikawal rapi seperti Australia contohnya, yang tahu arah tuju warga asing yang masuk ke negara mereka dengan

terperinci. Jika pemantauan pas kerja atau lawatan sosial ini dapat dilakukan dengan konsisten, pastinya kita dapat membendung kejadian seperti ini daripada terus berlaku,” kata beliau.

MANIPULASI KEPERLUAN NEGARA

Pandangan sama turut disuarakan oleh Ketua Sosial, Undang-Undang dan Hak AsasiManus­iaEMIRRese­arch Jason Loh yang berkata tahap ketegasan pemantauan dan penguatkua­saan kemasukan warga asing ke negara ini masih agak rendah.

Merujuk sistem pengambila­n pekerja asing,

Artikel ini adalah yang pertama daripada laporan khas bersiri tiga bahagian tentang apa yang dikatakan ‘lambakan’ warga asing di negara ini. Bahagian pertama mengupas sejauh mana kebenaran isu itu serta puncanya.

beliau berkata ada pihak tidak bertanggun­gjawab memanipula­si sistem itu demi keuntungan berganda.

“Mereka ini menjadikan keperluan negara terhadap tenaga kerja asing sebagai jalan pintas untuk mengaut keuntungan lumayan. Mereka bawa masuk pekerja namun selepas itu dibiarkan tanpa pengawasan,” katanya, menambah majikan bertanggun­gjawab memastikan pekerja yang tamat permit kerja dihantar pulang ke negara asal.

Namun disebabkan oleh keengganan menanggung kos, majikan terbabit membiarkan bekas pekerja asing mereka menjadi pendatang asing

tanpa izin.

“Apabila ini berlaku, keterdesak­an hidup membuatkan mereka lakukan apa sahaja bagi mencari rezeki, termasuk berniaga secara haram. Malah, ada yang terlibat jenayah seperti rompak.

“Namun saya rasa kes jenayah sebegini bolehlah dianggap sebagai terpencil, bukan trend atau fenomena. Hal jenayah biasanya melibatkan unsur-unsur peribadi dan keindividu­an, seperti keadaan mental seseorang pelaku atau warga asing yang merupakan seorang penjenayah ketika di negara asalnya,” tambah beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAHUKAN TINDAKAN: Peniaga tempatan Hamidah (bukan nama sebenar) meluahkan rasa tidak puas hati berikutan terdapat warga asing yang turut berniaga ketika tinjauan di sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor, baru-baru ini.
— Gambar Bernama MAHUKAN TINDAKAN: Peniaga tempatan Hamidah (bukan nama sebenar) meluahkan rasa tidak puas hati berikutan terdapat warga asing yang turut berniaga ketika tinjauan di sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? LUBUK REZEKI: Warga asing yang turut berniaga ketika tinjauan di sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor, baru-baru ini. Mudah mencari rezeki di negara ini antara punca warga asing enggan pulang ke negara asal.
— Gambar Bernama LUBUK REZEKI: Warga asing yang turut berniaga ketika tinjauan di sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor, baru-baru ini. Mudah mencari rezeki di negara ini antara punca warga asing enggan pulang ke negara asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia