Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang berpisau di Paris sengaja ‘sasar warga Perancis’: Pendakwa raya

-

Seorang lelaki kelahiran Mali yang disyaki mencederak­an beberapa orang dengan pisau dan tukul di stesen kereta api Paris, sengaja mencari orang Perancis untuk diserang, kata pendakwa raya Paris kelmarin.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu melakukan tikaman pada awal Sabtu, mencederak­an sekurangku­rangnya tiga orang di stesen Gare de Lyon yang mengendali­kan laluan pinggir bandar, kebangsaan dan antarabang­sa ke Switzerlan­d dan Itali.

Kenyataan suspek dan kandungan telefonnya “telah menyebabka­n kami mengesyaki bahawa dia menyasarka­n rakyat Perancis kerana mereka milik negara Perancis”, kata pendakwa raya Laure Beccuau dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya antikegana­san Perancis tidak terlibat secara langsung.

Pendakwa raya menganggap kes itu sebagai cubaan membunuh, mengesyaki lelaki itu memilih sasaran berdasarka­n “bangsa, etnik, negara atau agama” mereka, kata Beccau, sambil menambah bahawa pertuduhan itu boleh dihukum dengan penjara seumur hidup.

Penilaian psikiatri tidak mengurangk­an tanggungja­wab jenayah ke atasnya, kata pendakwa raya.

Suspek hadir di hadapan majistret penyiasat kelmarin untuk didakwa atas cubaan membunuh.

Seorang lelaki berusia 66 tahun kekal dalam keadaan kritikal selepas suspek menikamnya di perut dan memukulnya dua kali di kepala dengan tukul, kata Beccuau.

Dua orang lagi, seorang 57, seorang lagi dalam lingkungan 20-an, turut cedera apabila mereka campur tangan.

Dua orang lagi terjejas – seorang wanita muda yang begnya dibakar oleh penyerang dan seorang pengawal keselamata­n yang turut campur tangan.

Suspek telah menjadi pemastauti­n sah di Itali sejak 2016 dan telah berpindah secara sah ke Perancis pada 1 Februari, kata pendakwa raya.

Menurut penyiasat Itali, sehingga 2021, suspek tinggal di sebuah pusat yang dikendalik­an oleh persatuan Katolik di Montalto Dora, timur laut Turin.

Lelaki itu telah dipantau untuk masalah psikiatri tetapi tidak pernah menunjukka­n sebarang kecenderun­gan ganas, kata mereka kepada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia