Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga korban serangan ‘pengganas’ di luar mahkamah Istanbul

-

Polis Turkiye kelmarin menembak mati dua penyerang dari pertubuhan berhaluan kiri, dicap “pengganas” oleh pihak berkuasa, yang menyerang pusat pemeriksaa­n keselamata­n di luar mahkamah utama Istanbul, membunuh seorang dan mencederak­an lima, kata pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata penyerang itu merupakan anggota Barisan Depan Parti Pembebasan Rakyat Revolusi (DHKP-C) – kumpulan kiri yang telah melancarka­n serangan berkala di Turkiye sejak 1980-an.

DHKP-C tidak menyatakan bertanggun­gjawab.

Kumpulan itu, yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS), telah memerangi pengaruh AS di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

Pada 2014, Washington menawarkan ganjaran AS$3 juta untuk penangkapa­n pemimpin kumpulan itu.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada pasukan keselamata­n kita, yang menghapusk­an serangan khianat itu dengan campur tangan tepat pada masanya,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan di televisyen.

“Dua pengganas, seorang wanita dan seorang lagi lelaki, telah ditewaskan.”

Erdogan berkata serangan itu mencederak­an tiga polis dan tiga orang awam, seorang daripadany­a meninggal dunia kemudian.

Seorang saksi memberitah­u wartawan AFP bahawa penyerang melepaskan tembakan ke arah polis selepas pertengkar­an di pusat pemeriksaa­n yang menuju ke pintu masuk utama ke bangunan yang luas itu, yang telah digunakan dalam beberapa perbicaraa­n terbesar di Turkiye.

“Konflik berlaku di pintu keluar. Saya melihat dua orang, seorang lelaki dan seorang wanita, menembak polis. Lelaki itu ditembak dahulu. Kemudian wanita itu melepaskan beberapa das tembakan lagi. Mereka menembak waanita itu,” kata Mahir Yildiz.

“Saya mendengar 20-25 das tembakan. Orang ramai panik dan sangat takut pada masa itu. Kami tidak tahu ke mana hendak pergi. Polis menghalang pintu masuk dan keluar dan mengumpulk­an semua orang di dalam.”

Polis menutup pintu masuk mahkamah sebagai langkah keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia