Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat zahir ucapan kasih sayang, simpati kepada Raja Charles III

-

Britain mencerna berita mengejutka­n mengenai diagnosis kanser Raja Charles III, dan di luar Istana Buckingham di London telah dipenuhi orang ramai yang memberikan ucapan berharap baginda akan sembuh dengan cepat.

Selain daripada wartawan berita dunia yang berkumpul di atas bukit yang menghadap ke pintu gerbang istana, tidak banyak tanda-tanda yang menunjukka­n bahawa berita dramatik itu telah tersebar hanya beberapa jam sebelum itu.

Seperti biasa, beratus-ratus pelancong berpusu-pusu di sekitar pintu pagar, dengan riang bergambar, ada yang tidak mengetahui berita itu.

Bagi mereka yang tahu, mereka menyatakan kasih sayang dan simpati.

“Diagnosis kanser tidak baik untuk sesiapa, walaupun

LONDON:

untuk raja dan permaisuri, jadi saya berasa sedih untuknya dan berharap baginda dapat pulih dengan baik,” kata Giacomo Lanza, seorang pelajar berusia 22 tahun dari bandar Venice di Itali.

Pada lewat Isnin, Istana Buckingham mengumumka­n bahawa barah itu telah ditemui semasa raja dirawat di hospital kerana ketumbuhan prostat baru-baru ini.

Jose Mauro Sontag, 68, seorang pesara dari Sao Paolo, Brazil, membaca berita itu di hotelnya pada pagi kelmarin.

“Saya sangat menyayangi raja. Saya sangat, sangat sedih,” katanya.

“Kami berasa sangat sedih kerana raja telah ditimpa malang,” kata pesara Sue Hazell, yang telah mengembara dari Doncaster di utara England.

Charles hanya menjadi raja pada September 2022, selepas kemangkata­n Ratu Elizabeth II.

“Baginda mungkin seorang lelaki yang agak tua, tetapi masih seorang lelaki yang baik,” kata Hazell.

Walau bagaimanap­un, diagnosis awal raja memberinya sebab untuk optimis.

“Kadang-kadang nasib adalah sesuatu yang pelik – masuk untuk satu pembedahan dan dengar-dengar di sinilah mereka mendapat tahu tentang kanser, mudahmudah­an pada peringkat awal,” katanya.

Suaminya Richard, juga berusia 60-an, menegaskan bahawa raja berusia 75 tahun itu berada dalam “tangan terbaik”, sambil menambah: “Kanser sering boleh dirawat pada hari ini.”

Walaupun berharap untuk sembuh sepenuhnya, fikiran juga beralih kepada pewaris takhta, William, yang akan mengambil beberapa peranan bapanya semasa raja menjalani rawatan.

“Hidup diteruskan tetapi sejauh mana kebolehan William, adakah beliau melakukan perkara secara berbeza?” tanya Steve Jacobs, pengurus sumber manusia berusia 58 tahun yang bercuti dari Seattle, Amerika Syarikat.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap William. Lelaki itu kuat”.

Isteri William, Kate mempunyai masalah kesihatann­ya sendiri dan kini sedang pulih di rumah selepas menjalani pembedahan perut.

“Saya pasti William bertahan – datuknya, neneknya, bapanya, isterinya,” kata Sarah Paterson, warga Kanada berusia 44 tahun, merujuk kepada kemangkata­n Putera Philip dan Ratu Elizabeth II baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia