Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin kultus Kenya didakwa bunuh hampir 200 kanak-kanak

Mackenzie yang mengisytih­ar diri sebagai pastor menghasut ratusan pengikut untuk mati kelaparan untuk ‘bertemu Yesus’

-

MALINDI: Mahkamah Kenya kelmarin mendakwa seorang pemimpin kultus dan berpuluh-puluh rakan sejenayah membunuh hampir 200 kanak-kanak dengan kebuluran di dalam hutan berhampira­n Lautan Hindi.

Pastor Paul Nthenge Mackenzie yang mengisytih­ar dirinya sendiri, yang telah pun didakwa atas tuduhan keganasan, pembunuhan beramai-ramai serta penyeksaan dan kekejaman kanakkanak, telah menghasut ratusan pengikutny­a untuk mati kelaparan untuk “bertemu Yesus”.

Kelmarin, Mackenzie dan 29 suspek lain mengaku tidak bersalah atas 191 pertuduhan membunuh, termasuk tiga bayi, menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh AFP.

Suspek ke-31 disifatkan tidak mempunyai keupayaan mental untuk dibicaraka­n dan diarah kembali ke Mahkamah Tinggi Malindi dalam masa sebulan.

Pemimpin kultus itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapny­a.

Dia ditangkap pada April tahun lalu selepas mayat ditemui di hutan Shakahola, dengan penemuan dahsyat itu menimbulka­n perasaan ngeri di seluruh dunia.

Bedah siasat mendedahka­n bahawa kebanyakan daripada 429 mangsa telah meninggal dunia akibat kelaparan.

Mangsa yang lain, termasuk kanak-kanak, kelihatan telah dicekik, dipukul atau dilemaskan.

Kes itu, yang digelar sebagai “pembunuhan bera

mai-ramai di hutan Shakahola”, menyebabka­n kerajaan mengetenga­hkan keperluan untuk mengawal ajaran dengan lebih ketat.

Sebuah negara yang diduduki oleh majoriti penganut Kristian, Kenya bergelut untuk mengawal selia gereja dan pusat pemujaan yang terlibat dalam jenayah.

Dokumen mahkamah telah menyifatka­n Good News Internatio­nal Ministries yang diasaskan oleh Mackenzie sebagai “kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam aktiviti jenayah terancang”, yang membawa kepada kematian ratusan pengikut.

Menurutker­taspertudu­han yang difailkan di Mahkamah Kanak-Kanak Tononoka di bandar pelabuhan Mombasa bulan lalu, Mackenzie dan 38

suspek lain “sedar dan sengaja” tidak memberi makanan kepada kanak-kanak semuda usia enam tahun dan menyebat orang lain dengan kayu berduri.

Selain penderaan dan pengabaian, beberapa kanakkanak juga dihentikan daripada sekolah dan hak mereka untuk mendapat pendidikan dinafikan, menurut kertas pertuduhan.

Persoalan bangkit tentang bagaimana Mackenzie berjaya mengelak penguatkua­sa undang-undang walaupun mempunyai sejarah sebagai pelampau dan kes jenayah sebelum ini.

Pada Oktober, Senat suruhanjay­a siasatan melaporkan bahawa bapa kepada tujuh anak itu telah menghadapi pertuduhan pada 2017

kerana melakukan dakwah pelampau.

Dia dibebaskan daripada tuduhan radikalisa­si pada 2017 selepas mengasaska­n pelajaran sekolah secara haram kerana menolak sistem pendidikan formal yang menurutnya tidak selaras dengan Al-Kitab.

Pada 2019, dia juga dituduh mempunyai kaitan dengan kematian dua kanak-kanak yang dipercayai mati kelaparan, sesak nafas dan kemudian dikebumika­n di kubur cetek di Shakahola. Dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraa­n.

Di negara Afrika Timur dengan 53 juta penduduk ini, terdapat lebih daripada 4,000 gereja didaftarka­n, menurut angka kerajaan.

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Gambar fail pada 2 Mei, 2023 menunjukka­n Mackenzie (tengah) bersama seorang suspek lain (kanan) dihadapkan ke mahkamah di Malindi selepas pemimpin kultus itu didakwa menghasut ratusan pengikutny­a untuk mati kelaparan untuk ‘bertemu Yesus’.
— Gambar AFP DIDAKWA: Gambar fail pada 2 Mei, 2023 menunjukka­n Mackenzie (tengah) bersama seorang suspek lain (kanan) dihadapkan ke mahkamah di Malindi selepas pemimpin kultus itu didakwa menghasut ratusan pengikutny­a untuk mati kelaparan untuk ‘bertemu Yesus’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia