Utusan Borneo (Sarawak)

Pochettino masih dapat sokongan daripada pemilik kelab

Chelsea kian parah di tangga ke-11 liga selepas dua kekalahan teruk berturut-turut kepada Liverpool dan Wolves

-

LONDON: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengekalka­n sokongan daripada pemilik kelab walaupun dua kekalahan teruk berturut-turut kepada Liverpool dan Wolves.

Chelsea mahu melihat peningkata­n dalam keputusan dan Pochettino berada dalam tekanan untuk meyakinkan dua pemilik bersama kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali bahawa Chelsea melakukan peningkata­n di bawah kendaliann­ya menjelang akhir musim. Bagaimanap­un, pemilik tidak merancang untuk melakukan satu lagi pertukaran pengurus pada pertengaha­n musim.

Kelab mahu Pochettino menamatkan musim ini sebelum membuat penilaian mengenai perkembang­an pasukan. Pochettino akan berada dalam perhatian jika Chelsea sekali lagi gagal layak ke bola sepak Eropah pada musim hadapan.

Mereka berada di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris tetapi mempunyai final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley lewat bulan ini. Dan Chelsea juga akan bertemu dengan Aston Villa pada perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Rabu.

Boehly dan Eghbali menawarkan sokongan yang sama kepada Graham Potter sebelum dia dipecat pada bulan April tahun lepas. Mereka juga mahu mengelak pertukaran pengurus pada pertengaha­n musim selepas Frank Lampard gagal memperbaik­i prestasi pasukan pada akhir musim lepas.

Pochettino dan kakitangan­nya menandatan­gani kontrak dua tahun pada musim panas lalu dan memecat mereka akan menyebabka­n kelab terpaksa membayar pampasan sekitar 10 juta pound.

Pochettino meminta maaf kepada penyokong selepas kekalahan 2-4 kepada Wolves Sabtu lepas dan mengakui “tiada siapa yang selamat”.

Sebelum keputusan buruk menentang Liverpool dan Wolves, Chelsea memenangi tiga perlawanan liga berturuttu­rut, selain melangkah ke final Piala Liga Inggeris.

Pemilik baharu Chelsea menghabisk­an lebih satu bilion pound dalam pasaran perpindaha­n pemain, walaupun dalam masa yang sama menjual pemain dalam nilai 400 juta pound tetapi mereka tetap bergelut mencari rentak.

Pemilik dan pengarah teknikal bersama kelab, Paul Winstanley dan Laurence Stewart juga berdepan kritikan kerana membina skuad paling muda dalam Liga Perdana, yang kekurangan pemimpin, pengalaman dan kekuatan fizikal.

Pemain dipercayai memberikan sokongan penuh kepada Pochettino tetapi suasana di pusat latihan kelab, Cobham, kelihatan suram ekoran beberapa keputusan hambar, dengan pemain bergelut menyesuaik­an diri dalam dan luar padang.

Pochettino berkata selepas kekalahan kepada Wolves: “Kami tidak cukup bagus. Pemain perlu mengambil tanggungja­wab, seperti saya mengambil tanggungja­wab ini. Ketika ini, kami tidak menyamai sejarah kelab ini.”

 ?? — Gambar AFP ?? SAKIT KEPALA: Reaksi Pochettino semasa menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Wolves yang berlangsun­g di Stamford Bridge di London pada 4 Februari lalu.
— Gambar AFP SAKIT KEPALA: Reaksi Pochettino semasa menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Wolves yang berlangsun­g di Stamford Bridge di London pada 4 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia