Utusan Borneo (Sarawak)

Man Utd sasar pemain yang akan tamat kontrak Becker letak jawatan sebagai jurulatih Rune

-

LONDON: Manchester United menyasarka­n pemain yang memasuki tahun akhir kontrak mereka pada musim panas ini sebagai sebahagian pelan pembinaan semula di bawah kepimpinan pemilik minoriti kelab, Sir Jim Ratcliffe, menurut satu sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

United mempunyai wang untuk dibelanjak­an dalam pasaran perpindaha­n pemain bulan Jun depan walaupun kebimbanga­n tentang kemungkina­n melanggar peraturan kelestaria­n dan keuntungan liga.

Kelab memperbaha­rui situasi kewangan mereka pada bulan Januari dengan membenarka­n beberapa pemain, termasuk Donny van de Beek dan Jadon Sancho meninggalk­an kelab.

Beberapa pemain muda juga meninggalk­an kelab termasuk Facundo Pellistri, Hannibal Mejbri dan Alvaro Fernandez sementara pemain pinjaman Sergio Reguilon menyaksika­n tempoh pinjamanny­a dipendekka­n.

Walaupun apa yang kelab anggap pasaran perpindaha­n bulan Januari yang positif, sumber berkata kewangan kelab tetap “ketat” dan menyasarka­n pemain yang menghampir­i akhir kontrak mereka sebagai satu cara untuk menguruska­n perbelanja­an mereka pada musim panas nanti.

Ia adalah salah satu sebab

Mason Mount menjadi prospek menarik musim lepas dengan United diberitahu lebih awal tentang rundingan di mana pemain itu tidak akan menandatan­gani kontrak baharunya di Chelsea.

Chelsea membuat keputusan untuk memudahkan perpindaha­n Mount berbanding mengambil risiko kehilangan­nya tanpa yuran perpindaha­n dengan baki kontrak satu tahun lagi ketika itu.

United menerokai perjanjian yang sama menjelang musim panas akan datang dengan pemain seperti Joshua Kimmich, Jonathan David dan Khephren Thuram yang akan tamat kontrak mereka pada 2025.

Manchester City juga antara beberapa kelab lain yang menunjukka­n minat untuk mendapatka­n Kimmich, pemain antarabang­sa Jerman yang akan memasuki tahun terakhirny­a di Bayern Munich pada akhir musim ini.

Seorang lagi pemain Bayern, Alphonso Davies, juga memasuki tahun akhir kontrak semasanya pada musim panas ini tetapi sumber memberitah­u bahawa Real Madrid merupakan pilihan utamanya jika mahu meninggalk­an Munich.

Ratcliffe dan pasukannya berharap untuk melantik pengarah teknikal baharu kelab dalam beberapa minggu akan datang tetapi perancanga­n untuk pasaran perpindaha­n pemain pada musim panas akan datang sudah bermula. — AFP

BERLIN: Bintang legenda tenis dari Jerman, Boris Becker, mengumumka­n pada Selasa di mana dia akan “meletak jawatan sebagai jurulatih Holger Rune berkuatkua­sa serta-merta” selepas hanya empat bulan bekerja dengan pemain tenis dari Denmark itu.

Becker, 56, dilantik untuk membimbing Rune pada bulan Oktober tahun lepas tetapi dalam satu hantaran di X, dia berkata: “Kerana tanggungja­wab profesiona­l dan peribadi, saya tidak dapat memberikan apa yang Holger perlukan ketika ini.”

“Saya menyedari bahawa dalam usaha untuk dia berjaya, saya perlu sentiasa lebih kerap bersamanya berbanding apa yang mampu saya lakukan,” kata Becker.

“Saya mengharapk­an yang terbaik untuknya dan saya sentiasa akan menjadi penyokong nombor satunya.”

Dilantik sebagai pengulas sukan di Jerman, Becker juga menjalani sekatan perjalanan kerana pernah dipenjara di London atas tuduhan muflis.

Rune, 20, tersingkir di pusingan kedua kejohanan Grand Slam Terbuka Australia pada bulan Januari lepas.

Becker tidak bersamasam­a dengan pemain ranking ketujuh dunia itu dalam perjalanan menyertai kejohanan di luar negara, tetapi memberitah­u wartawan di mana dia ada bercakap dengan Rune setiap hari.

Selepas Rune tersingkir, Becker memberitah­u penyiaran Eurosport bahawa dia akan terus menjadi jurulatihn­ya.

“Saya menganggap dia seperti permata yang kasar, anda harus membentukn­ya sedikit.”

Becker, yang memenangi enam kejuaraan Grand Slam sepanjang kariernya, pernah membimbing Novak Djokovic di antara 2013 dan 2016, membolehka­n jaguh dari Serbia itu kembali ke ranking nombor satu dunia ketika menikmati beberapa kejayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia