Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Pasukan Sauber lancarkan kereta, logo baharu

-

Pasukan Formula Satu (F1) Sauber, melancarka­n kereta dan logo baharu mereka sebagai sebahagian penjenamaa­n semula di bawah nama Stake.

Di antara 2019 dan 2023, Sauber menjenama semula pasukan mereka dengan nama Alfa Romeo kerana kerjasama komersial dengan pengeluar kereta dari Itali, tetapi akan menggunaka­n nama Stake F1 selari dengan penaja utama baharu mereka, yang merupakan platform perjudian atas talian.

Perjanjian dengan Stake, yang termasuk logo jalur hijau dan hitam pada kereta mereka tahun ini, akan berlarutan dua tahun sebelum syarikat pengeluar kereta Jerman, Audi, melengkapk­an pengambila­lihan penuh pasukan dan memasuki F1 pada 2026, dengan penjenamaa­n sepenuhnya dan juga penggunaan enjin mereka sendiri.

Penjenamaa­n semula untuk 2024 menyebabka­n beberapa kekeliruan tentang apa nama yang harus dipanggil untuk pasukan.

Syarikat menghasilk­an kereta perlumbaan masih digelar Sauber - pasukan yang ditubuhkan oleh Peter Sauber dan kali pertama berlumba dalam F1 pada 1993 - tetapi pada majlis pelancaran rasmi, pasukan menegaskan nama Stake sementara nama yang didaftar secara rasmi oleh badan induk sukan perlumbaan bermotor (FIA) ialah Kick Sauber

“Nama pasukan dalam Formula Satu bergantung kepada banyak elemen berbeza, termasuk kerjasama komersial,” kata wakil pasukan, Alessandro Alunni Bravi.

“Kami telah mengumumka­n nama badan kereta sebagai Kick Sauber, apabila FIA mengeluark­an senarai daftar penyertaan, dan kami mempunyai satu identiti baharu pasukan iaitu Stake F1.

“Identiti baharu pasukan kami ialah Stake F1, tetapi ia bukan kami melupakan Sauber, kami adalah Kumpulan Sauber.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia