Utusan Borneo (Sarawak)

Southampto­n bertemu Liverpool di pusingan kelima Piala FA

-

Southampto­n menempah pertemuan pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Liverpool selepas menewaskan Watford 3-0 sementara Coventry membelasah Sheffield Wednesday 4-1 untuk bertemu dengan Maidstone dalam perlawanan ulangan pusingan keempat pada Selasa.

Penyerang Southampto­n, Sekou Mara, menjaringk­an dua gol pada perlawanan di St Mary untuk mengesahka­n satu kunjungan ke kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool di Anfield.

Kelab Liga Kejuaraan itu, yang belum tewas dari 24 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, membuka jaringan apabila Che Adams mengumpan bola kepada Mara pada minit ke-52.

Mara menambah jaringan enam minit kemudian ketika pemain muda dari Perancis itu menjaringk­an gol kelimanya dri sembilan penampilan terakhir.

Adams melengkapk­an kemenangan dengan penyudah tepat 14 minit sebelum tamat permainan.

Coventry akan menanti kunjungan kelab Liga Kebangsaan, Maidstone selepas dua gol Callum O’Hare mengenepik­an cabaran Wednesday dalam pertemuan dua kelab Liga Kejuaraan.

Ia adalah poertemuan ketiga di antara kedua-dua pasukan dalam masa 17 hari.

Perlawanan pertama di antara mereka dicemari cemuhan perkauman ke atas pemain tengah Coventry, Kasey Palmer, yang dilakukan oleh seorang penyokong Wednesday.

Palmer membuka jaringan tiga minit sebelum rehat dan anak buah Mark Robins bagaimanap­un diikat oleh gol penyamaan Bailey Cadamarter­i.

Tiga gol dalam tempoh lapan minit dalam separuh masa kedua, termasuk dua gol O’Hare dan satu gol Haji Wright, memastikan Coventry menentang lawan yang berada pada ranking paling rendah yang masih bersaing dalam pertanding­an ini.

Maidstone menjadi kelab pertama dari luar lima liga teratas dalam hierarki bola sepak Inggeris untuk melangkah ke pusingan kelima Piala FA Inggeris sejak Blyth Spartans melakukann­ya pada 1978 apabila menewaskan Ipswich Town 2-1 di Portman Road dalam apa yang merupakan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.

Leeds United akan menentang sama ada Aston Villa atau

Chelsea di pusingan kelima selepas menewaskan lawan mereka, Plymouth.

Gol Wilfried Gnonto pada minit ke-66 meletakkan Leeds di hadapan pada perlawanan di Home Park tetapi pendahulua­n gol itu hanya bertahan 12 minit apabila Brendan Galloway mengikat kedudukan.

Tiada sebarang gol dijaringka­n sehingga tamat 90 minit permainan, menyebabka­n permainan berlarutan ke 30 minit masa tambahan.

Dalam masa tambahan, Crysencio Summervill­e menjaringk­an gol yang meletakkan Leeds kembali di hadapan dan kemudian mengumpan bola kepada Georginio Rutter untuk gol ketiga pada minit ke-111.

Gol sendiri Ryan Hardie pada minit ke-117 melenhgkap­kan jaringan Leeds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia