Utusan Borneo (Sarawak)

Jordan tempa sejarah tersendiri

Melangkah ke final Piala Asia buat julung kalinya selepas menundukka­n Korea Selatan 2-0 pada aksi separuh akhir

-

DOHA: Jordan mengejutka­n Korea Selatan 2-0 untuk melangkah ke final Piala Asia yang pertama dalam sejarah mereka pada Selasa dan akan bertemu sama ada Iran atau pasukan tuan rumah Qatar.

Bermain di peringkat separuh akhir buat kali pertama dan berada pada ranking 64 anak tangga di bawah lawan mereka, Jordan meraih kemenangan selayaknya ke atas skuad kendalian Jurgen Klinsmann.

Korea Selatan tidak mempunyai sebarang cubaan tepat ke pintu gol dan kapten pasukannya, Son Heung-min, meminta maaf selepas perlawanan ketika negaranya terus menanti kejuaraan Piala Asia yang pertama sejak 1960.

Jordan selayaknya membuka jaringan tidak lama selepas rehat dengan Yazan Al-Naimat menjaringk­an gol ketiganya pada kejohanan ini selepas Korea Selatan hilang bola dengan mudah.

Mereka berdepan dengan kekalahan dalam empat perlawanan di sini tetapi berjaya bangkit pada saat akhir. Namun kali ini, tiada kebangkita­n untuk mereka apabila Mousa Al-Tamari menjaringk­an gol kedua 13 minit kemudian.

Korea Selatan sememangny­a gagal menangani jentera serangan berbisa terdiri daripada Naimat dan Tamari.

“Sebenarnya, saya mengimpika­n tentang kejohanan ini sebelum ini, ketika saya di Perancis,” kata Tamari, 26, yang beraksi untuk kelab Ligue 1 Perancis, Montpellie­r dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Ia sangat bermakna bagi saya untuk berada di final

dan saya berharap kami boleh melakukann­ya di final,” tambahnya, selepas turut mengumpan bola kepada Naimat untuk gol pembukaan.

“Ia juga bagus untuk berada di final krana ia akan memastikan semua orang bercakap tentang negara saya di Perancis dan semua ini cukup emosional bagi saya.”

Son berdiri bersendiri­an dengan tangan di pinggang selepas wisel penamat ditiup pengadil.

“Saya kecewa dan terkilan dengan keputusan ini,” kata penyerang kelab Tottenham Hotspur itu.

“Kami bermula dengan agak cemas, pemain tidak mahu melakukan satu kesilapan.”

Klismann, yang bersetuju dengan Son bahawa pasukan yang lebih bagus menang, membuat sasaran untuk melangkah ke final kejohanan di Qatar.

Ditanya oleh agensi berita

AFP jika dia akan meletak jawatan, jurulatih dari Jerman itu berkata: “Ada banyak perkara bagus yang kita lihat.

“Ia adalah sebuah pasukan yang berkembang dan masih perlu pembanguna­n ke arah Piala Dunia yang akan datang. Ada banyak tugas di hadapan kami.Selain dari itu, saya tidak memikirkan perkara lain.”

Jordan adalah pasukan bukan pilihan - walaupun

mereka seri 2-2 di pusingan pertama kejohanan - tetapi mereka bermain dengan lebih baik dalam separuh masa pertama.

Di hadapan 43,000 penonton di Stadium Ahmad bin Ali, penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo paling sibuk dari sepak mula perlawanan, menyelamat satu cubaan Noor Al-Rawabdeh selepas gerakan cantik Tamari.

Jo juga menepis satu cubaan Naimat selepas pertahanan

Korea Selatan dibolosi sebelum satu lagi rembatan Tamari sedikit tinggi melepasi palang gol.

Korea Selatan diberikan satu tendangan penalti pada minit ke-30 namun selepas pemeriksaa­n lanjut oleh pengadil menerusi monitor tepi padang, penalti itu dibatalkan.

Naimat sekali lagi mengancam pintu gol Korea, melepasi beberapa pemain lawan sebelum rembatan jarak dekatnya ditepis Jo dan Korea Selatan mungkin menarik nafas lega masih terikat tanpa jaringan pada masa rehat.

Jordan mengekalka­n rentak yang sama selepas rehat dan mendapat ganjaran pada minit ke-53 apabila Park Yong-woo hilang bola, membolehka­n Tamari melarikan bola dengan pantas sebelum mengumpan kepada Naimat untuk melakukan penyudah kemas dengan melambung bola melepasi Jo yang keluar lebih awal dari posisinya.

Korea Selatan ternyata gagal menangani dua penyerang berbisa itu dan pada minit ke-66, Tamari membawa bola ke hujung kotak penalti sebelum melakukan rembatan yang menewaskan Jo buat kali kedua.

Jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata pemainnya “memberikan persembaha­n hebat”.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah hasil dari beberapa tahun kerja-keras,” katanya.

“Kami harus mempertaha­nkan jersi ini dengan segala-gala yang kami ada. Kami bercita-cita dalam setiap perlawanan.”

“Ia sangat bermakna bagi saya untuk berada di final dan saya berharap kami boleh melakukann­ya di ” final. Musa al-Tamari Pemain Jordan

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEJARAH: Pemain Jordan meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Korea Selatan 2-0 pada perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 di Doha.
— Gambar AFP BERSEJARAH: Pemain Jordan meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Korea Selatan 2-0 pada perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia