Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic, Nadal ketuai pemain dalam kejohanan ‘King’s Slam’ di Arab Saudi

-

RIYADH: Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan mengetuai senarai bintang dalam satu kejohanan pertunjuka­n di Arab Saudi, menurut penganjur ketika perdebatan semakin hangat tentang sukan tenis yang menjadi sukan terbaharu menerokai negara konservati­f itu.

Bintang tenis dari Serbia dan Sepanyol itu, yang memenangi 46 kejuaraan Grand Slam di antara mereka, akan disertai oleh juara Wimbledon, Carlo Alcaraz dan juara Terbuka Australia, Jannik Sinner pada kejohanan pertunjuka­n digelar 6 Kings Slam.

Pemain ranking ketiga dunia, Daniil Medvedev dan pemain ranking ketujuh dunia, Holger Rune, juga akan bermain pada kejohanan yang berlangsun­g di Riyadh dalam bulan Oktober.

Dua bintang legenda tenis wanita dunia, Chris Evert dan Martina Navratilov­a pada bulan lepas mengkritik kebanjiran wang Arab Saudi dalam sukan tenis wanita, ketika pegawai menimbangk­an untuk menganjurk­an kejohanan akhir musim tenis wanita, Final WTA di sana.

“Kita tidak membantu membina tenis wanita untuk dieksploit­asi oleh Arab Saudi,” menurut tajuk utama rencana yang ditulis dalam akhbar Washington Post.

Namun bintang tenis wanita dari Tunisia, Ons Jabeur membalas dengan berkata “orang seharusnya diberitahu tentang apa yang berlaku di Arab Saudi,” di mana beberapa reformasi ekonomi dan

sosial sedang berkembang.

Rafael Nadal, yang membayangk­an ini mungkin musim terakhirny­a sebagai pemain tenis profesiona­l, menjadi duta tenis untuk Arab Saudi, di mana usaha untuk memperbaik­i reputasi antarabang­sanya menerusi sukan kerap dilabelkan sebagai “pembersiha­n sukan”.

Selain menganjurk­an perlumbaan Formula Satu dan sukan tinju profesiona­l, dan membawa beberapa bintang bola sepak ternama ke liga domestikny­a, Arab Saudi juga akan menganjurk­an beberapa kejohanan besar pada dekad akan datang termasuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

 ?? DJOKOVIC ??
DJOKOVIC
 ?? ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia