Utusan Borneo (Sarawak)

Harga belian padi di Sabah, Sarawak ditetapkan RM1,300 per tan metrik

-

SIMANGGANG: Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) menetapkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak RM1,300 per tan metrik mulai 15 Februari ini.

Menterinya Datuk

Seri Mohamad Sabu berkata penetapan itu untuk meningkatk­an pengeluara­n beras negara dan menyeragam­kan harga lantai belian padi di keduadua negeri itu dengan Semenanjun­g.

“Pada masa ini, harga belian padi di Sabah dan Sarawak agak rendah, iaitu sekitar RM900 hingga RM1,100. Penetapan ini mampu membantu menambah pendapatan pesawah sekali gus menggalakk­an pesawah untuk meningkatk­an pengeluara­n padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sempena lawatan ke Jelapang Padi Batang Lupar di Dewan Nangkai Stumbin di sini, semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Industri

Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengerusi Sri Aman Developmen­t Agency (SADA) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Mohamad berkata untuk jangka panjang, kerajaan perlu memperkuku­hkan sekuriti makanan negara, iaitu memberi tumpuan kepada peluasan kawasan tanaman padi di Sabah dan Sarawak dengan memperluas­kan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan ke seluruh negara dan perluasan lagi kawasan jelapang padi baharu.

“Program SMART SBB di Sarawak telah dilaksanak­an secara rintis di bawah seliaan Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar, dengan usaha sama strategik Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn Bhd, membabitka­n kawasan seluas 72 hektar di Tanjung Bijat, Sri Aman bermula luar musim tahun 2021.

 ?? TINJAU: — Gambar Bernama ?? Mohamad (kiri) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pada Program Lawatan Kerja Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan di Jelapang Padi Batang Lupar, semalam.
TINJAU: — Gambar Bernama Mohamad (kiri) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pada Program Lawatan Kerja Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan di Jelapang Padi Batang Lupar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia