Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat

Ekonomi negeri ini dilihat semakin kukuh, tahun lepas sahaja hasil pendapatan Sarawak berjumlah RM13.3 bilion.

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak dijangka dapat terus meningkatk­an pendapatan­nya pada tahun depan dan tahun-tahun mendatang apabila ekonomi negeri ini dilihat semakin kukuh.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada tahun lepas sahaja hasil pendapatan Sarawak berjumlah RM13.3 bilion.

“Sebagai Premier, apa yang saya ingin beritahu kepada rakan-rakan Cina dan rakyat Sarawak ialah persekitar­an sekarang kondusif untuk perniagaan berkembang dan Sarawak yang kita cintai sedang dalam langkah untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Dengan kestabilan politik dan kesepaduan sosial kita, saya yakin kita mampu mencapainy­a, InsyaAllah.

“Tahun lepas merupakan tahun yang baik di mana kita mencapai beberapa perkara yang telah dirancang, terutama penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWFF) dengan modal benih permulaan RM8 bilion dan peruntukan tahunan progresif antara RM400 juta hingga RM600 juta sehingga 2034 daripada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina ini.

Tambah Abang Johari, modal benih akan dilaburkan dalam portfolio berkaitan seperti yang ditentukan oleh Lembaga Penjaga SSWFF yang terdiri daripada angka monetari antarabang­sa supaya dana itu akan berkembang dan meningkatk­an simpanan kita.

Katanya, lembaga dana akan melaporkan kepada Dewan Undangan Negeri dengan peruntukan bahawa tiada pengeluara­n untuk 20 tahun akan datang dalam keadaan biasa.

“Kami dapat menubuhkan SSWF kerana Sarawak mempunyai simpanan yang cukup kukuh dan hasil kami terus meningkat,” katanya.

Beliau menegaskan, angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak selalu memberikan gambaran sebenar tentang kekayaan dan kemajuan sosial sesebuah negara sehingga mendorong pembentuka­n suruhanjay­a khas di Barat pada 2008.

Katanya ia untuk mengkaji bagaimana kekayaan dan kemajuan sosial sesebuah negara boleh diukur dan bukannya bergantung kepada KDNK uni-dimensi.

“Laporan suruhanjay­a itu telah membawa kepada penerimaan SDG oleh PBB yang telah menjadi asas kepada rumusan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) sebagai pelan hala tuju pembanguna­n Sarawak menuju 2030.

“Oleh itu, PCDS 2030 sejajar dengan SDG di mana kemakmuran ekonomi mesti memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum dan agama di samping memberi penekanan kepada kelestaria­n alam sekitar kita,” katanya.

Tambah beliau, persekitar­an progresif pembanguna­n ekonomi negeri dalam beberapa tahun kebelakang­an ini cukup jelas apabila perniagaan, tokoh korporat, bank dan pelabur asing terus datang menyeru untuk menyatakan minat mereka untuk bekerjasam­a dengan Sarawak.

Sementara itu beliau turut mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakan Cina yang meraikanny­a dan semoga Tahun Naga menjadi satu lagi tahun yang berjaya untuk Sarawak dan rakyatnya.

 ?? ABANG JOHARI ??
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia