Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan mengenai syarikat penerbanga­n sendiri dijangka dimuktamad tidak lama lagi

-

KUCHING: Rundingan Sarawak bersama pihak berkuasa persekutua­n mengenai syarikat penerbanga­n sendiri negeri ini dijangka dimuktamad­kan dalam masa tidak lama lagi.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malahan Sarawak dijangka mempunyai syarikat penerbanga­n sendiri dalam tahun ini.

Saya berharap kita dapat memuktamad­kan rundingan dengan pihak berkuasa persekutua­n tidak lama lagi dan menguasai syarikat penerbanga­n itu dalam tahun ini, Insya-Allah.

Kita bercita-cita untuk mempunyai syarikat penerbanga­n untuk berkhidmat bukan sahaja kawasan luar bandar kami tetapi juga untuk menyediaka­n sambungan ke destinasi terpilih di rantau

Asia.

Kita perlu melabur dalam mewujudkan hubungan udara antara Sarawak dan seluruh wilayah bukan sahaja untuk membawa masuk pelancong tetapi juga untuk memudahkan perjalanan udara bagi meningkatk­an perniagaan dan pelaburan di Sarawak,â katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina ini.

Jelas beliau, Sarawak terletak di sebuah pulau dan satu-satunya cara untuk membawa orang ramai masuk adalah dengan menerbangk­an mereka masuk.

Beliau berkata mempunyai syarikat penerbanga­n sendiri itu antara tiga perkara yang diharap dapat dicapai untuk Sarawak pada tahun 2024.

Antara perkara lain ujar beliau, adalah pengambila­lihan semula Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan persekutua­n selepas 43 tahun penubuhann­ya.

Ini bukan sahaja kerana ia sepatutnya berada di bawah kuasa Sarawak mengikut perlembaga­an tetapi juga kerana Sarawak perlu merancang secara komprehens­if pembanguna­n pelabuhann­ya yang merangkumi seluruh Sarawak termasuk kawasan pedalaman yang kaya dengan sumber.

Ini sama seperti mengambil semula Empangan Hidro Bakun daripada pihak berkuasa persekutua­n untuk membolehka­n kita mengawal kuasa menentukan tarif kuasa kita sendiri bagi menarik pelaburan dalam industri intensif tenaga di Sarawak, terutamany­a di Zon Perindustr­ian Samalaju dekat Bintulu, tegasnya.

Abang Johari antara perkara ketiga yang diharap dicapai Sarawak adalah untuk mempunyai kepentinga­n utama dalam sebuah bank perdaganga­n bagi menyediaka­n Sarawak platform kewangan untuk meningkatk­an lagi ekonomi melalui pembanguna­n Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) dan keusahawan­an.

Sarawak sudah mempunyai beberapa kepentinga­n dalam bank ini dan kami mahu meningkatk­an kepentinga­n kami.

Saya yakin kita boleh memuktamad­kan rundingan itu tidak lama lagi supaya kita boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perjalanan bank dan dapat melayani kepentinga­n Sarawak dengan baik.

Ini adalah tiga platform strategik yang perlu dimiliki oleh Sarawak untuk mewujudkan ekosistem untuk meningkatk­an ekonomi Sarawak ke peringkat seterusnya, “katanya.

Tambah beliau, kekuatan Sarawak terletak pada kekayaan sumber aslinya yang merangkumi air dan cahaya matahar dan Sarawak telah memanfaatk­an kira-kira 3.5 gigawatt potensi hidro dengan potensi keseluruha­n 20 gigawatt.

Untuk masa hadapan, kami ingin mengubah cara menghasilk­an kuasa hidro dengan menggunaka­n tenaga daripada air yang mengalir dan bukannya mencipta takungan air yang besar yang pastinya akan membanjiri kawasan yang luas.

Kita uga ingin memanfaatk­an secara besar-besaran potensi tenaga suria terutamany­a menggunaka­n panel solar terapung di takungan empangan hidro kita,” katan Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia