Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur asas di kawasan seliaan DBKU akan dipertingk­atkan: Premier

-

Infrastruk­tur asas di kawasan seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan dipertingk­atkan dalam perancanga­n jangka panjang Negeri Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia penting bagi menghadapi peningkata­n jumlah penduduk di kawasan DBKU.

Menurutnya infrastruk­tur utama yang akan dipertingk­atkan adalah jaringan jalan raya yang menghubung­kan terus beberapa kawasan.

“Salah satu infrastruk­tur yang paling penting untuk dipertingk­atkan ialah kita akan memperbesa­rkan jalan raya.

“Seperti mana yang disebut oleh Datuk Bandar DBKU, kita akan membangunk­an sistem jalan raya dari Bulatan Yayasan Sarawak terus ke Pantai Damai yang akan mempunyai empat lorong termasukla­h laluan khas untuk Transit Aliran Autonomi (ART), laluan berbasikal dan lorong pejalan kaki,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Kejiranan Mesra (KJM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada malam Rabu.

Tambah beliau lagi, projekproj­ek melibatkan pembukaan jalan-jalan baharu secara tidak langsung membolehka­n pihak kerajaan membuka kawasan perumahan baharu bagi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat.

“Kita boleh membuka skim perumahan baharu. Orang Kuching semakin bertambah.

“Jadi kita akan mempunyai kawasan-kawasan baharu yang boleh kita buat projek perumahan yang berkualiti untuk rakyat kita,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Abang Johari tidak menolak kos perlaksana­an projek-projek ini nanti akan menelan perbelanja­an yang besar.

Bagaimanap­un beliau yakin dengan keutuhan kewangan Sarawak sekarang membolehka­n ia dilaksanak­an seterusnya memberi manfaat kepada rakyat di Sarawak khususnya di kawasan DBKU.

Hadir sama isteri kepada Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Satok Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman serta dif-dif kenamaan yang lain.

 ?? — Gambar UKAS ?? TERIMA ANUGERAH: Abang Johari (tiga kiri) menyampaik­an cek cura kepada wakil penerima anugerah KRT (Kawasan Rukun Tetangga) paling aktif bagi kawasan Matang Baru.
— Gambar UKAS TERIMA ANUGERAH: Abang Johari (tiga kiri) menyampaik­an cek cura kepada wakil penerima anugerah KRT (Kawasan Rukun Tetangga) paling aktif bagi kawasan Matang Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia