Utusan Borneo (Sarawak)

TYT optimis Sarawak terus maju makmur di bawah pimpinan Premier

Usaha kerajaan berpanduka­n PCDS 2030 letak Sarawak pada laluan tepat bagi pertumbuha­n ekonomi mampan

- Oleh Patricia Gari

Saya benar-benar memuji kepimpinan berwawasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi penekanan kepada usaha mewujudkan ekonomi baharu.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Sarawak akan terus makmur dan maju di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata usaha gigih kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) antaranya yang berpanduka­n Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 telah meletakkan Sarawak pada laluan yang tepat bagi pertumbuha­n ekonomi mampan dipacu oleh inovasi dan kreativiti.

“Saya benar-benar memuji kepimpinan berwawasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi penekanan kepada usaha mewujudkan ekonomi baharu.

“PCDS 2030 memberi tumpuan kepada tenaga hijau dan boleh diperbahar­ui yang mampan, inovasi dan teknologi serta ekonomi digital.

“Semuanya menjurus ke arah merealisas­ikan wawasan Sarawak untuk menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2024.

Tun Wan Junaidi berkata pencapaian bersejarah pada 2023 ialah Sarawak telah merekodkan hasil RM13.3 bilion di bawah kepimpinan Abang Johari.

Kejayaan ini membolehka­n kerajaan negeri bukan sahaja membiayai program pembanguna­nnya tetapi berkongsi rezeki secara sistematik dengan rakyat di seluruh negeri, katanya.

Malah Sarawak dapat mengagihka­n bonus dua bulan kepada penjawat awam Sarawak selain RM600 kepada setiap penjawat awam persekutua­n

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

yang berkhidmat di Sarawak, tambahnya.

“Pemberian ini untuk menunjukka­n pentadbira­n negeri menghargai sumbangan serta komitmen, keberkesan­an, kecekapan dan sokongan tidak berbelah bahagi penjawat awam negeri serta persekutua­n membantu kerajaan menjayakan pelbagai programnya yang seterusnya memupuk impak positif kepada ekonomi tempatan,” ujarnya.

Wan Junaidi berkata daya tahan ekonomi Sarawak diserlahka­n lagi dengan pertumbuha­n KDNK 4-5 peratus pada 2023, mencecah RM146 bilion, berbanding pertumbuha­n 6.5 peratus berjumlah RM140.1 bilion pada 2022.

Pertumbuha­n ini katanya, mencermink­an keberkesan­an dasar dan strategi Kerajaan Sarawak dalam memacu kemajuan ekonomi.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan negeri tetap mengutamak­an aspek pendidikan serta kepentinga­n bahasa Inggeris dengan mewujudkan beberapa sekolah menengah antarabang­sa.

Kerajaan negeri juga katanya, merancang menyediaka­n pendidikan tinggi percuma menjelang 2026.

“Ini menunjukka­n satu pendekatan yang berpandang­an ke hadapan terhadap

Yang di-Pertua Negeri

pembanguna­n modal insan. Dengan mengutamak­an pendidikan, Kerajaan Sarawak bukan sahaja memupuk pembanguna­n inklusif tetapi memastikan setiap individu dilengkapk­an untuk menyumbang kepada kepentinga­n negeri dan rakyat,” katanya.

Pengiktira­fan terhadap Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) oleh Kerajaan Sarawak bagi pengambila­n perjawatan dalam perkhidmat­an awam negeri juga mencermink­an kepimpinan negeri amat menghormat­i kepelbagai­an dan keterangku­man di negeri ini, tambahnya.

Tun Wan Junaidi berkata ia juga menunjukka­n kerajaan negeri tahu akan pulangan ekonomi, sosial dan politik pendidikan Cina kepada Sarawak dan rakyatnya.

“Di Sarawak, penerimaan kepelbagai­an budaya dan agama adalah bersifat semula jadi. Ia berfungsi sebagai kekuatan penyatuan yang mengikat masyarakat bersama.

“Komitmen untuk berkongsi dan menikmati kepelbagai­an perayaan ini telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni, mempamerka­n perpaduan dalam kepelbagai­an yang telah menjadi ciri khas Sarawak.

“Saya percaya kita telah menjadi satu keluarga besar yang sentiasa menjaga kepentinga­n, kebajikan dan keperluan antara satu sama lain, menggarisk­an rasa tanggungja­wab bersama yang meresap di setiap peringkat masyarakat di negeri ini,” kataya.

Tun Wan Junaidi dalam perutusan beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada (bekas) Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pelantikan­nya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan barubaru ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 baru-baru ini.

“Saya amat berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri terdahulu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas sumbangan besarnya telah memainkan peranan penting dalam pembanguna­n holistik Sarawak.

“Sebagai Bapa Sarawak Moden yang dihormati, saya menghargai pengorbana­n yang beliau lakukan sejak beliau menyertai Kabinet Sarawak pada 1963 sehingga beliau dengan berbesar hati menyerahka­n baton kepada Pehin Sri Adenan Satem pada 2014,” katanya.

 ?? ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia