Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dijangka melonjak lebih tinggi dalam Tahun Naga: Lee

-

Sarawak dijangka melonjak lebih tinggi dengan pencapaian utama yang ketara dalam Tahun Naga, jelas Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Lee berkata, beliau teruja dengan pengambila­lihan Sarawak ke atas MASwings untuk menyesuaik­annya dengan rancangan negeri untuk meningkatk­an pengangkut­an udara dalam sektor serantau dan domestik, selain pemilikan bank komersial, meningkatk­an pengangkut­an hijau dengan Transit Aliran

Automasi (ART) dan inisiatif ekonomi yang lain.

“Ia akan menjadi satu lagi tahun yang menarik menjelang pertumbuha­n, kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang penuh inspirasi dan terbukti,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

Jelas Lee, Abang Jo telah menjadi penggerak dalam transforma­si Sarawak dengan hasil kejurutera­an semula pada kepimpinan­nya, di mana hasil diperolehi dua kali ganda daripada RM5.9 bilion pada 2017 kepada RM13.6 bilion tahun lalu.

“Justeru, rakyat Sarawak harus terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada beliau (Abang Jo) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi terus menerajui negeri kerana ia penting untuk meneruskan pembanguna­n serta pencapaian kemajuan di Sarawak,” kata Lee.

Mengenai kementeria­nnya, Lee menjangkak­an tahun yang sibuk dengan mengambil alih MASwings daripada Malaysian Aviation Group menjelang separuh pertama tahun ini serta pembinaan lorong ART dan depoh RM260 juta.

Beliau turut mengharapk­an keselamata­n jalan raya yang lebih baik di Sarawak dengan pengubahsu­aian enam taman trafik di seluruh negeri bagi membolehka­n permainan trafik untuk pelajar sekolah.

Tambah Lee, Majlis Keselamata­n Jalan Raya Sarawak juga akan mengadakan ceramah untuk pemimpin masyarakat dan akar umbi untuk membantu meningkatk­an kesedaran tentang sikap dan tingkah laku keselamata­n jalan raya.

 ?? LEE ??
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia