Utusan Borneo (Sarawak)

Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini

Setakat ini status kemajuan pembinaan projek berkenaan telah mencapai 98.91 peratus, kata Nanta

- Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya — Bernama

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini status kemajuan pembinaan projek berkenaan telah mencapai 98.91 peratus.

“Sedikit lagi yang perlu dibuat perubahan kepada reka bentuk kerana (ada beberapa) masalah tanah di lokasi yang terlibat. Itulah yang boleh dikatakan mengapa kita belum mencapai 100 peratus lagi (ketika ini),” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpuna­n Bulanan Bersama Warga KKR di Kompleks Kerja Raya, di sini semalam.

Berhubung perkembang­an projek LPB Sabah, Nanta berkata status projek berkenaan telah mencapai kemajuan hampir 87 peratus siap bagi Fasa 1A yang melibatkan 15 pakej kerja manakala di bawah pakej Fasa 1B yang membabitka­n 19 pakej kerja, proses tender sedang dilaksanak­an.

Dalam perkembang­an lain, Nanta berkata Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) melibatkan jajaran Perak dijangka akan dibuka sepenuhnya pada Mac depan.

“Lebuh Raya WCE ini bakal menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangk­an kesesakan terutama pada musim perayaan. Setiap projek mega ini akan membantu lonjakan ekonomi dan pembanguna­n di negara kita,” katanya.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya mengingatk­an semua warga kementeria­n untuk melaksanak­an tugas secara lebih proaktif dan tidak hanya menunggu aduan daripada rakyat semata berkaitan isu jalan raya.

“Diakui bahawa isu berkaitan jalan raya sering menjadi modal netizen untuk dihebahkan atau ditularkan.

“Saya memahami banyak aduan yang telah diambil tindakan segera namun ada juga aduan yang mengambil masa terlalu lama untuk ditangani.

“Tentunya ini menjejaska­n kepercayaa­n rakyat kepada kita. Justeru, perkara utama yang ingin saya tegaskan di sini adalah tindakan bagi kerja membaik pulih di lapangan tanpa perlu menunggu aduan dan jangan menyembuny­ikan masalah. Hentikan sikap hanya menunggu isu viral baru bertindak,” katanya.

Sedikit lagi yang perlu dibuat perubahan kepada reka bentuk kerana (ada beberapa) masalah tanah di lokasi yang terlibat. Itulah yang boleh dikatakan mengapa kita belum mencapai 100 peratus lagi (ketika ini).

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Nanta (depan, dua kiri) bergambar bersama warga Kementeria­n Kerja Raya selepas Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpuna­n Bulanan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Nanta (depan, dua kiri) bergambar bersama warga Kementeria­n Kerja Raya selepas Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpuna­n Bulanan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia