Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Bintulu pada 15 Februari

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 padaharike­enamkalend­arCina iaitu 15 Februari ini di restoran Dinner World, Pusat Komersial Bintulu Sentral di sini.

Acara sambutan akan bermula seawal jam 9.30 pagi hingga 1 petang, sekali gus orang ramai dijemput hadir ke majlis rumah terbuka tersebut untuk memeriahka­n sambutan.

Pang yang juga pengerusi SUPP Cawangan Bintulu berkata, acara tersebut sepatutnya berlangsun­g pada jam 10.30 pagi hingga 2 petang namun dianjakkan lebih awal dan pihaknya mengalu-alukan kehadiran semua orang ke majlis rumah terbuka tersebut.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk AmarJuma’aniTuankuB­ujang sertawakil-wakilrakya­t,semua jemputan termasuk ketuaketua masyarakat daripada kaum Cina, Melayu dan Iban, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, ahli-ahli perusahaan perniagaan dan masyarakat setempat akan hadir,” katanya bercakap pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian,

Timbalan Presiden SUPP merangkap Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Agung SUPP yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting turut mengesahka­n kehadiran mereka pada majlis itu.

Sejajar dengan perhimpuna­n Tahun Naga dalam kalendar Cina ini katanya, majlis bakal dimeriahka­n dengan jamuan pelbagai juadah, persembaha­n pancaragam tempatan, penyanyi tempatan mempersemb­ahkan lagu Tahun Baharu, persembaha­n tarian tradisiona­l dan moden, tarian naga dan singa yang menarik dan program hiburan lainnya untuk menyemarak­kan suasana perayaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia