Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan murid tuntut komitmen ibu bapa untuk lengkapi usaha guru

-

Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguha­n yang dimainkan oleh guru semata-mata sebaliknya menuntut komitmen bersama ibu bapa.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mencorak masa depan anak-anak dan kemenjadia­n mereka.

“Paling utama adalah kejayaan seseorang murid itu terletak pada diri murid itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi yang tinggi untuk mengecapi kecemerlan­gan.

“Sesungguhn­ya kita harus sedar bahawa kejayaan itu bukan datang bergolek dengan mudah.

“Banyak laluan sukar yang perlu kita tempuhi, bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” katanya.

Lee yang Ahli Dewan Undangan Senadin berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Anugerah Tunas Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Riam Batu Dua di sini, kelmarin.

Lee menyeru agar ibu bapa sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anakanak.

“Sentiasala­h menjadi pendorong anak-anak kita untuk terus berfikir, sentiasala­h

menjadi penggalak kepada mereka untuk terus membaca.

“Ini kerana pendidikan ialah gabungan kedua-dua perlakuan ini iaitu berfikir dan membaca,” katanya.

Beliau mengakui zaman sekarang anak-anak lebih terbuka dan terlalu dekat dengan gajet hingga lupa akan tanggungja­wab sebagai seorang murid.

“Ibu bapa seharusnya memantau anak-anak agar tidak terlalu leka dan lalai bermain dengan gajet hingga mereka lupa tanggungja­wab untuk belajar.

“Kejayaan murid adalah hasil acuan ibu bapa yang mendidik di rumah dan mereka perlu sentiasa memantau perkembang­an anak-anak,” jelasnya.

Pada majlis itu Lee berkata, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulu­m.

“Saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada murid yang menerima anugerah, malahan ibu bapa dan para guru juga

yang telah menjadi tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka,” katanya.

Terdahulu, Lee turut merasmikan Tasik Ikan Wawasan STEMEC Riam yang disumbangk­annya melalui projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM5,000.

Hadir sama ialah Ketua Kompeni Markas Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mejar Muhammad Azfar Azman, Pegawai Pertanian Daerah Miri Ahmad Zulkifli Said dan Guru Besar SK Riam Batu Dua Rohani Ismail.

 ?? ?? TAHNIAH: Lee (tengah) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid dengan ditemani Rohani pada Majlis Anugerah Tunas Cemerlang SK Riam Batu Dua di Miri, semalam.
TAHNIAH: Lee (tengah) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid dengan ditemani Rohani pada Majlis Anugerah Tunas Cemerlang SK Riam Batu Dua di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia