Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahim sumbang RM50,000 kepada SJK Chung Hua No.4

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki menyumbang RM50,000 kepada SJK Chung Hua No.4 di sini bagi membantu membaiki fasiliti sistem bilik darjah pintarnya yang rosak akibat petir.

Sumbangan tersebut diumumkan beliau semasa hadir mengagihka­n angpau dan sumbangan bantuan makanan kepada 50 pelajar di sekolah tersebut semalam sempena Tahun Baharu Cina.

“Saya difahamkan bulan lepas ada petir dan menyebabka­n fasiliti sistem bilik darjah pintar di sekolah ini rosak dan tidak dapat digunakan.

“Jadi sekarang mereka (pihak sekolah) cuba mengumpul RM150,000 untuk membaiki sistem tersebut dan saya bagi RM50,000 untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihka­n angpau dan bantuan makanan kepada pelajar berkenaan di sekolah tersebut.

Mengenai pengagihan bantuan tersebut, Ibrahim berkata ia menjadi satu tradisi di Sarawak semasa musim perayaan, tidak melupakan mereka yang kurang berkemampu­an.

“Hari ini 50 pelajar terima bantuan dan kita berharap bantuan ini dapat membantu mereka di samping memberi keceriaan kepada mereka seperti pelajar lain semasa meraikan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Hadir sama Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman, Pengerusi Jawatankua­sa

Pengurusan Sekolah Rendah Kuching Chung Hua No.1 hingga 6 Dato Jonathan Chai dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Sekolah Menengah Chung Hua Kuching No.1, 3 dan 4 Dato Richard Wee serta yang lain.

Selesai pengagihan angpau dan bantuan makanan di sekolah tersebut, Ibrahim seterusnya mengagihka­n hadiah Tahun Baharu Cina kepada orang ramai di Thompson Corner, Jalan Nanas di sini bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Satok.

 ?? ?? KENANGAN: Murid SJK Chung Hua No.4 yang juga penerima bantuan bergambar bersama Ibrahim dan tetamu jemputan yang
KENANGAN: Murid SJK Chung Hua No.4 yang juga penerima bantuan bergambar bersama Ibrahim dan tetamu jemputan yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia