Utusan Borneo (Sarawak)

Kembalilah, bersama bangunkan Sarawak, kata Dr Sim

Beliau gesa rakyat Sarawak di luar negara kembali untuk tunai tanggungja­wab, peranan dalam memakmurka­n negeri

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menggesa rakyat Sarawak di luar negara kembali ke negeri ini untuk menunaikan tanggungja­wab serta peranan masing-masing dalam memakmurka­n negeri.

Dr Sim berkata, beliau telahpun menunaikan tanggungja­wab dan memainkan peranannya sejak pulang dari Australia 22 tahun lalu dengan memulakan Pusat Jantung Sarawak (PJS).

Menurut beliau, PJS disenaraik­an sebagai 100 hospital kardiologi terbaik di rantau Asia Pasifik tahun lepas.

Jelas Dr Sim, semua ini terjadi dengan adanya individu seperti beliau, Dr Alan Fong, Dr Teh Cheng Lay dan lain-lain, yang mempunyai kelulusan dari luar negara.

“Kita kembali menyumbang, kembali untuk membinanya.

“Kita menggesa rakyat Sarawak yang tinggal di luar negara, sila kenal pasti peluang yang anda boleh sumbangkan kerana saya telah menjalanka­n peranan dan melakukan bahagian saya,” kata Dr Sim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran Dr Sim di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam kelmarin.

Tambah Dr Sim, pada Januari tahun ini, Kementeria­n

Kesihatan telah memilih Sarawak sebagai tapak ujian klinikal pertama terhadap manusia (FIH).

“Mereka memilih Sarawak kerana kita telah membuat kajian 20 tahun lalu.

“Kita memulakan langkah demi langkah dan kini orang ramai menyedari bahawa kita mempunyai kemudahan terbaik yang dimulakan oleh saya. Kita sama baiknya dengan tempat lain,” katanya.

Dr Sim dalam pada itu turut menekankan peranan media dalam membantu semua rakyat Sarawak memahami bahawa negeri ini sedang memasuki fasa pembanguna­n negara yang menarik dan seterusnya mengucapka­n terima kasih kepada ahli media.

Kita menggesa rakyat Sarawak yang tinggal di luar negara, sila kenal pasti peluang yang anda boleh sumbangkan kerana saya telah menjalanka­n peranan dan melakukan bahagian saya.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? AMANAT: Dr Sim memberi ucapan semasa Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran beliau di BCCK malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon AMANAT: Dr Sim memberi ucapan semasa Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran beliau di BCCK malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia