Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Komuniti Kiong Tung siap dinaik taraf dengan kos RM100,000

-

Tung yang telah siap dinaik taraf dengan kos RM100,000 di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) akan memberi pelbagai manfaat kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Joseph Chieng berkata, taman komuniti tersebut amat penting bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat, terutama golongan muda.

“Taman ini juga boleh dijadikan tempat oleh penduduk untuk berkomunik­asi antara satu sama lain serta merapatkan hubungan dan juga bertukar maklumat bagi memperbaik­i kawasan ini secara keseluruha­n,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Komuniti Kiong Tung, semalam.

Hadir sama merasmikan taman komuniti terbabit ialah pengerusi Majlis Perbandara­n

Sibu (MPS) Clarence Ting, Timbalanny­a Mohammed Abdullah Izkandar Roseley serta Datuk Chieng Buong Toon.

Menurut Chieng, pada masa sama taman komuniti itu juga akan membantu menaikkan nilai hartanah di kawasan tersebut.

“Penduduk setempat di sini juga amat gembira kerana mereka telah lama meminta MPS menaik taraf kawasan ini, namun disebabkan kekangan bajet ia tidak dapat dilaksanak­an.

“Selepas saya terpilih sebagai wakil rakyat, saya berjanji kepada penduduk setempat untuk menaik taraf taman komuniti ini,” jelasnya sambil menambah, terdapat lebih 1,000 rumah kediaman di kawasan tersebut.

Sebelum ini, hanya terdapat satu taman di kawasan perumahan ini iaitu di Lorong Perpati 2B yang dilihat tidak mencukupi untuk kegunaan penduduk setempat.

Oleh itu katanya, kawasan lapang di Jalan Kiong Tung ini telah dinaik taraf agar lebih ceria serta menempatka­n sebuah gelanggang bola keranjang dan dua gelanggang badminton.

Chieng berkata, fasa kedua menaik taraf Taman Komuniti Kiong Tung akan dilakukan di bawah RTP 2024 dengan kos RM100,000.

“Untuk fasa dua, kita akan menaik taraf kawasan lapang berhampira­n untuk dijadikan taman permainan kanakkanak, selain peralatan senaman untuk warga emas dan trek larian.

“Dengan semua ini, kita harap dapat menyediaka­n taman komuniti yang lengkap untuk digunakan oleh penduduk setempat di sini,” ujarnya sambil meminta penduduk menjaga kemudahan yang telah disediakan.

 ?? ?? UNTUK RAKYAT: Chieng (tengah) bersama yang lain ketika merasmikan Taman Komuniti Kiong Tung Sibu, semalam. Turut kelihatan (dari dua kiri) Izkandar, Ting dan Buong Toon.
UNTUK RAKYAT: Chieng (tengah) bersama yang lain ketika merasmikan Taman Komuniti Kiong Tung Sibu, semalam. Turut kelihatan (dari dua kiri) Izkandar, Ting dan Buong Toon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia