Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah digesa selesaikan masalah anak buah tiada sijil lahir, KP

-

Masih ramai penduduk di kawasan OyaTamin yang tiada sijil lahir dan kad pengenalan (KP).

Justeru Penghulu Surang Takin menggesa tuai-tuai rumah panjang di kawasan itu bertindak pantas menyelesai­kan masalah tersebut.

“Saya akan bertindak tegas ke atas tuai-tuai rumah yang tidak menjalanka­n tugas mereka dengan sempurna.

“Saya berasa malu apabila ditanya oleh pegawai daerah mengapa masih ramai rakyat di bawah bidang kuasa saya masih tidak mempunyai dokumen yang penting itu,” katanya ketika berucap semasa menghadiri Majlis Perasmian Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Harrison Mihai, Ulu Sungai Tebelian, Stapang dekat sini, baru-baru ini.

Perasmian majlis tersebut telah disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang.

Surang menasihati tuai-tuai rumah berkenaan agar mengundurk­an diri sekiranya tidak mampumenja­lankantang­gungjawab mereka sepenuhnya.

“Jika anda tidak berminat menjadi seorang pemimpin dan berasa tidak mampu

menyelesai­kan masalah ketiadaan sijil lahir dan kad pengenalan bagi anak-anak buah anda, lebih baik anda meletak jawatan sebagai seorang ketua kaum bagi rumah panjang atau kampung anda sendiri,” tegasnya.

Beliau berkata, pelbagai cara boleh diusahakan bersama untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

Ujarnya,tuairumahh­endaklah sentiasa bekerjasam­a dengannya untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Sementara itu, Gira menasihati semua tuai rumah di kawasannya untuk memberi

perhatian yang serius kepada masalah ketiadaan sijil lahir dan KP dalam kalangan penduduk dalam kawasan rumah panjang mereka.

“Dokumen ini amat penting terutama untuk kegunaan pendidikan dan pekerjaan anak-anak anda semua,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) kepada rakyat negeri ini.

Justeru, inisiatif itu disediakan melalui Kementeria­n

Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) dan Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) bagi golongan yang layak terutama rakyat Sarawak kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Pada majlis tersebut, Gira telah mengumumka­n peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM25,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Harrison.

Turut hadir ialah Penghulu Andrewson Ngalai Asom, Penghulu Bansa Kunchau dan Penghulu Christophe­r Chat.

 ?? ?? AMANAT: Gira menyampaik­an ucapannya pada Majlis Perasmian Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Harrison Mihai, Ulu Sungai Tebelian, Stapang dekat Sibu, baru-baru ini. Turut kelihatan (dari kiri) Chat, Surang dan Ngalai.
AMANAT: Gira menyampaik­an ucapannya pada Majlis Perasmian Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Harrison Mihai, Ulu Sungai Tebelian, Stapang dekat Sibu, baru-baru ini. Turut kelihatan (dari kiri) Chat, Surang dan Ngalai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia