Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan jalan raya menyumbang 13.2 peratus kepada kemalangan

- George Lam dan pegawai JPJ Sarawak.

Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen berharap Lebuh Raya Pan Borneo dalam keadaan baik dan dinaik taraf keadaan jalan raya itu bagi mengurangk­an kemalangan terutama pada musim perayaan.

Katanya, menurut statistik Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Chong menekankan bahawa keadaan jalan raya menyumbang 13.2 peratus kepada kemalangan.

“Dua lagi punca utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan tingkah laku dan kecuaian manusia sebanyak 80.6 peratus dan faktor kenderaan iaitu 6.2 peratus.

“Sehubungan itu, keadaan Lebuh Raya Pan Borneo yang baik akan membawa kepada keadaan yang lebih selamat untuk pengguna jalan raya sekali gus mengurangk­an kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa Program Advokasi Keselamata­n Jalan Raya yang diadakan di Terminal Bas Kuching Central sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di sini semalam.

Program yang dikendalik­an

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) itu bertujuan memastikan pematuhan piawaian teknikal dan peraturan keselamata­n kenderaan, khususnya dalam tempoh peningkata­n perjalanan untuk sambutan perayaan.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaa­n kenderaan dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu. Ia juga diharap dapat mengurangk­an kemalangan dan mengelakka­n potensi kemalangan,” kata Chong.

Beliau turut menggesa semua pihak menyokong JPJ dalam memastikan keselamata­n penumpang, pemandu dan pengguna jalan raya pada musim perayaan.

“Saya berharap semua pihak memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada JPJ bagi memastikan keselamata­n bukan sahaja penumpang malah pemandu dan pengguna jalan raya, agar semua dapat pulang ke kampung halaman dan menyambut musim perayaan dengan selamat,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah JPJ Negeri Noraini Mohd Nawi, Penolong

Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii iaitu

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERIMALAH: Chong berpeluang memberi buah tangan kepada penumpang bas di Terminal Bas Kuching Central semasa program tersebut semalam.
— Gambar Chimon Upon TERIMALAH: Chong berpeluang memberi buah tangan kepada penumpang bas di Terminal Bas Kuching Central semasa program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia