Utusan Borneo (Sarawak)

Bahang Tahun Baharu Cina kian dirasai

Jalan dan pasar raya dihiasi tanglung, pasar raya juga dipenuhi masyarakat Cina

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Bahang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) kian dirasai di mana jalan dan pasar raya dihiasi tanglung manakala pasar raya di sini dipenuhi masyarakat Cina.

Ini kerana perayaan ini yang disambut pada 10 hingga 12 Februari tahun ini berperanan penting dan amat dihargai masyarakat Cina.

Tinjauan Utusan Borneo

di beberapa pusat belibelah mendapati kawasan itu menjadi tumpuan dan dipenuhi masyarakat Cina yang akan menyambut perayaan itu nanti.

Ini sekali gus menyaksika­n masyarakat itu membuat persediaan yang rancak dan ia memberi gambaran yang menarik tentang kemeriahan sambutan TBC yang akan disambut tahun ini.

Hanya beberapa hari lagi sambutan itu menjelma, suasana di pusat beli-belah terus menjadi tumpuan komuniti itu bagi membuat persediaan pada perayaan terbabit.

Suasanaleb­ihmeriahap­abila terdapat beberapa barangan keperluan diberi potongan harga sebagai usaha peniaga memikat pelanggan.

Ramai dalam kalangan mereka lebih memilih untuk membeli pakaian, perhiasan rumah serta barangan keperluan untuk memasak.

Di Kuching, kawasan tumpuan untuk membelibel­ah ialah Farley berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK), Vivacity Megamall, tHe Spring serta Plaza Merdeka.

Bagi Albert Lee Joo Hee,32, pelbagai aktiviti disediakan bagi memenuhi waktu dengan program yang berfaedah.

Beliau yang juga terlibat dalam Persatuan Penggerak

Kemajuan Kota Padawan, Pertubuhan­BeliaKeban­gsaan Bersatu Batu Kitang itu menjelaska­n, pihaknya telah mengadakan karnival di Batu Kitang baru-baru ini.

“Ia mendapat sambutan hangat daripada komuniti yang bukan sahaja mendapat sokongan komuniti Cina, malah ia turut meriah dengan kehadiran komuniti yang lain,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagi persiapan keluargany­a menjelang TBC, Albert buat kali pertama tahun ini mengambil bahagian untuk membuat persiapan seperti menghias rumah sebelum menjelang TBC.

“Bajet yang dihabiskan dalam melakukan persiapan ini sekitar RM20,000 dan kebanyakan yang dibeli ialah perhiasan, penyelengg­araan rumah serta makanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Albert pada masa yang sana berharap agar TBC tahun ini bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

“Saya berharap keluarga saya mendapat kesihatan yang baik, murah rezeki dan gembira selalu,” katanya.

Sementara itu, Chia Wee Sing turut meraikan kemeriahan perayaan tersebut.

Beliau telah berbelanja kira-kira RM5,000 bagi persediaan untuk menyambut hari yang terpenting untuk komuniti mereka.

“Saya telah berbelanja sekitar RM5,000 untuk menyambut TBC di mana ia cuma berlaku sekali setahun.

“Perbelanja­an ini termasuk perhiasan, barangan keperluan untuk makanan selain angpau untuk tetamu,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Katanya, tahun ini akan lebih meriah berikutan ramai sanak-saudaranya balik ke kampung bagi menyambut perayaan berkenaan.

Bajet yang dihabiskan dalam melakukan persiapan ini sekitar RM20,000 dan kebanyakan yang dibeli ialah perhiasan, penyelengg­araan rumah serta makanan.

Albert Lee Joo Hee

 ?? ?? MERIAH: Pasar raya Farley dimeriahka­n dengan pelbagai perhiasan tanglung sempena TBC.
MERIAH: Pasar raya Farley dimeriahka­n dengan pelbagai perhiasan tanglung sempena TBC.
 ?? ?? PILIH: Pelanggan melihat dan mencuba pakaian yang dijual di Farley semalam.
PILIH: Pelanggan melihat dan mencuba pakaian yang dijual di Farley semalam.
 ?? ?? ALBERT
ALBERT
 ?? ?? CHIA
CHIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia