Utusan Borneo (Sarawak)

Upacara menitik mata singa SM Kai Dee penuh adat resam

-

Upacara simbolik menitik mata singa diadakan penuh adat resam untuk kumpulan tarian singa Sekolah Menengah (SM) Kai Dee di dewan sekolah tersebut kelmarin.

Upacara tersebut disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing iaitu Steven Kong Kai Seng serta pengurusan sekolah menengah tersebut.

Pang berkata, tarian singa adalah kekayaan warisan budaya masyarakat Cina dan beliau gembira dapat menyaksika­n kesinambun­gan tradisi tersebut.

“Semoga dengan ritual menitik mata singa ini, kesihatan dan kekayaan akan mengalir kepada kita semua,” katanya.

Beliau berharap majlis itu akan memberi inspirasi dan kegembiraa­n kepada semua yang hadir serta membawa nasib baik kepada semua warga SM Kai Dee dan masyarakat Bintulu amnya.

“Saya menyeru semua untuk bersama-sama menyokong dan meraikan warisan budaya yang berharga ini,” katanya.

Katanya, SM Kai Dee satusatuny­a sekolah menengah persendiri­an Cina di Bintulu yang menerapkan pendidikan Cina yang terbaik.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak sekolah dan lembaga pengarah serta alumni sebelumnya atas usaha jaya yang dilakukan.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), beliau mengucapka­n selamat maju jaya, keamanan dan kegembiraa­n pada tahun baharu ini serta Sarawak akan terus makmur.

Upacara menitik mata singa sebelum persembaha­n tarian singa merupakan tradisi kaum Cina terutama pada TBC semasa majlis kebudayaan, keagamaan, perasmian rumah atau kedai baharu serta majlis perkahwina­n.

Terdapat dua jenis tarian singa iaitu singa utara dan singa selatan yang mana di negara ini, tarian singa selatan menjadi pilihan kerana lebih dikenali dan membawa kegembiraa­n dalam majlis keramaian.

Upacara menitik mata singa yang diadakan mengikut adat tradisi Cina adalah untuk membawa tuah dan mengelakka­n bala menimpa persembaha­n tarian singa sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

Perbezaan kostum antara dua jenis tarian singa yang mana tarian singa selatan mempunyai kepala besar yang dicat dengan warna cerah, badannya diperbuat daripada kain yang dihias dengan jalur yang menutupi penarinya dan membolehka­n mereka bergerak dengan bebas.

Manakala kostum tarian singa utara menyerupai anjing Peking dari China dengan seluruh badannya ditutup bulu panjang, kepala kayu yang dicat emas dan rambut merah dan kuning berbulu.

 ?? ?? TRADISI: Pang (kanan) menyempurn­akan upacara menitik mata singa kelmarin.
TRADISI: Pang (kanan) menyempurn­akan upacara menitik mata singa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia