Utusan Borneo (Sarawak)

Pandelela dialukan jadi jurulatih sukan terjun

Kegagalan ke Olimpik 2024 bukan penghujung kepada kariernya, akan menyumbang di peringkat lain

- Oleh Jessica Jawing

Terpulang kepada beliau menentukan, beliau mungkin mahu bersama kita dan ini sudah pasti sesuatu yang dialu-alukan dan menggembir­akan atau beliau mahu berkhidmat kepada negara, Malaysia juga gembira.

KUCHING: Sarawak sentiasa mengalu-alukan jika ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong berminat untuk menjadi jurulatih sukan terjun negeri ini pada masa akan datang.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanap­un ia adalah hak Pandelela untuk menentukan­nya.

“Terpulang kepada beliau menentukan, beliau mungkin mahu bersama kita dan ini sudah pasti sesuatu yang dialualuka­n dan menggembir­akan atau beliau mahu berkhidmat kepada negara, Malaysia juga gembira.

“Ataubeliau­mahuberkhi­dmat di negara lain, itu terpulang kepada beliau kerana beliau sudah ada tahap dan kelayakan di peringkat itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) di sini, semalam.

Katanya apapun kegagalan ratu terjun yang berasal dari Sarawak itu ke Olimpik 2024 adalah bukan penghujung kepada kariernya kerana yakin Pandelela akan menyumbang kepada sukan terjun di peringkat lain.

Abdul Karim berkata, Pandelela telah menyumbang dan mengharumk­an nama Malaysia dan negeri di peringkat dunia di mana Malaysia pertama kali mendapat pingat di Olimpik menerusiny­a dalam sukan terjun iaitu pingat gangsa

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

dan perak.

“Selain daripada itu menerusi sukan ini, beliau juga masuk belajar di universiti dan insya-Allah, beliau akan terus berada di sana (sukan terjun).

“Walaupun bukan sebagai atlet untuk Olimpik tetapi peringkat Asia dan sebagainya, terpulang kepada beliau atau menjadi pembimbing kepada atlet sukan terjun akan datang,” tegasnya.

Mengulas mengenai kegagalan ke Olimpik 2024, Abdul Karim berkata Pandelela sebelum ini telah banyak menyertai Olimpik dan pernah mengharumk­an nama negara menerusiny­a.

“Dalam sukan jangka hayat atau kecemerlan­gan dalam sukan itu selalunya dalam tiga hingga empat tahun. Tetapi beliau (Pandelela) telah berada di sana lebih kurang 15 tahun atau lebih daripada itu.

“Saya berasa amat bangga dengan beliau meskipun tidak dapat melayakkan diri ke Olimpik yang disasarkan­nya sebagai Olimpik terakhirny­a.

“Apapun beliau telah menyumbang bahagianny­a kepada negara dan negeri,” katanya.

Sementara itu ratu terjun negara Dato Pandelela Rinong dan gandingann­ya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam Rabu.

Ia selepas gandingan itu gagal menampilka­n prestasi terbaik mereka untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruha­n di final acara berkenaan yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Hamad.

Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahka­n tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Pandelela yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarann­ya 10m platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata sekali gus gagal ke separuh akhir.

 ?? ?? DIALUKAN: Abdul Karim (duduk, tengah) bersama ahli jawatankua­sa tertinggi SABERKAS pada sidang media selepas mesyuarat.
DIALUKAN: Abdul Karim (duduk, tengah) bersama ahli jawatankua­sa tertinggi SABERKAS pada sidang media selepas mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia