Utusan Borneo (Sarawak)

Guru beriltizam rai pelajar dengan majlis anugerah

-

Guru yang beriltizam menyempurn­akan majlis kecemerlan­gan, penyampaia­n sijil dan hadiah bagi para pelajarnya sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaa­n atas segala usaha mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penganjura­n majlis anugerah ini juga mampu menjadi pembakar semangat untuk merealisas­ikan kecemerlan­gan dalam bidang pendidikan di sesebuah sekolah.

“Kita ingin mengingatk­an kepada para pelajar perlu memainkan peranan bagi kesinambun­gan pembelajar­an di sekolah dan jika pelajar terleka dan alpa, kita bimbang proses pembelajar­an akan terbantut dan tersekat ketika golongan ini berada di luar dari kawasan sekolah.

“Majlis graduasi yang dianjurkan pada majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktira­f pencapaian cemerlang yang telah ditunjukka­n pelajar di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m mahupun sahsiah diri.

“Kita percaya kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini bukan sahaja disebabkan hasil pencapaian mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuk kerja keras yang diusahakan mereka selama ini dengan dibantu warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemujemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anakanak,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Anugerah dan Kecemerlan­gan 2023/2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Sing dekat sini, kelmarin.

Menurut Ding, kejayaan para pelajar secara keseluruha­nnya adalah hasil daripada usaha bersama dan kerja berpasukan oleh semua pihak.

Kata Ding, beliau ingin mengambil kesempatan ini mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukka­n komitmen bagi memastikan tranformas­i pendidikan berjalan lancar.

“Kita yakin pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk memperting­katkan pencapaian pelajar kita ke tahap lebih cemerlang,” jelas Ding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia