Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS semakin terima penyertaan daripada belia

-

Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) semakin menerima penyertaan menggalakk­an serta menjadi pilihan kepada belia di negeri ini.

Presiden SABERKAS Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia dibukti dengan penyertaan daripada belia yang mahu bertanding dalam jawatankua­sa tertinggi yang semakin memberangs­angkan berbanding tiga tahun lepas.

“Pada TGM (Perhimpuna­n Agung Tritahunan) SABERKAS tahun lepas, kita menyaksika­n ramai yang menawarkan diri bertanding dalam jawatankua­sa tertinggi berbanding tiga tahun lepas.

“Tiga tahun lepas, pemilihan jawatankua­sa menyaksika­n 28 orang calon tetapi 25 telah dipilih iaitu hanya tiga sahaja digugurkan.

“Namun pada TGM tahun lepas, sebanyak 46 yang bertanding dan 25 sahaja dipilih dan ini menunjukka­n minat pemimpin belia terhadap SABERKAS begitu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang dihadiri Timbalan Presidenny­a Dato Gerald Rentap Jabu di sini, semalami.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan berkata, penyertaan yang memberangs­angkan itu menjadi satu kebangaan kepada

SABERKAS yang pengelibat­annya terdiri daripada pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau yakin, minat dan penyertaan yang meningkat itu adalah hasil daripada pelbagai program yang diadakan SABERKAS sepanjang tahun di setiap pelosok negeri ini.

“Pada tahun lepas sahaja, kita telah mengadakan progam atau aktiviti SABERKAS kira-kira 700 program dan ia bermakna kita mengadakan program setiap hujung minggu di seluruh pelosok negeri.

“Ini merancakka­n lagi minat belia terutama belia di luar bandar terhadap SABERKAS kerana mereka melihat peranan dimainkan SABERKAS dalam program sukan, masyarakat dan sebagainya. Ini menjadi tarikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia