Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kanak-kanak di Tadika YMCA Yakin Diri di Permai meningkat

-

Bilangan kanakkanak yang belajar di Tadika YMCA Yakin Diri di Permai semakin meningkat walaupun jumlah kanak-kanak di kebanyakan tadika di kawasan bandar semakin berkuranga­n.

Naib Pengerusi Tadika YMCA Yakin Diri Robert Lau Hui Yew berkata, ini kerana jumlah penduduk di Sibu semakin berkuranga­n.

“Daripada pemahaman saya, jumlah kanak-kanak di Sibu sebenarnya sedang berkuranga­n jadi kita menghadapi bilangan kanak-kanak yang lebih sedikit di tadikatadi­ka di kawasan bandar.

“Berita baiknya adalah ramai keluarga sebenarnya berpindah ke Permai, itulah sebabnya anda boleh melihat masih ramai kanak-kanak di kawasan ini,” ujarnya.

Lau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Tadika YMCA Yakin Diri dan sambutan Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Oleh itu, beliau percaya bahawa penting untuk menggalakk­an keluarga melahirkan lebih ramai anak kerana mereka adalah anugerah bagi keluarga dan masyarakat.

Beliau mengucapka­n teri

ma kasih kepada ibu bapa kerana menjaga anak-anak dengan baik dan menggesa mereka untuk terus menjaga kesihatan tubuh, minda dan rohani.

Sementara itu, Pengetua Teresa Lau menggesa semua ibu bapa memastikan anakanak mereka terus belajar dan menyiapkan kerja rumah semasa cuti sekolah ini.

“Guru-guru kami memberikan kerja rumah kepada mereka dan saya harap anda akan memastikan anak-anak anda menyiapkan kerja rumah mereka dan apabila mereka kembali ke sekolah, saya akan menilai kerja rumah mereka,” katanya.

Beliau memberitah­u, kanak-kanak Tadika Yakin Diri mencapai pencapaian

cemerlang tahun lalu sama ada dalam kurikulum atau aktiviti kokurikulu­m.

Menurutnya, sambutan Tahun Baharu Cina adalah penting untuk memperkasa perpaduan, sikap menghormat­i dan toleransi dalam kalangan pelbagai kaum.

Seramai 61 kanak-kanak menerima sijil tamat tadika semalam.

 ?? ?? CERIA: (Dari empat kiri) Teresa, Lau serta yang lain memotong kek sempena sambutan Tahun Baharu Cina Tadika YMCA Yakin Diri semalam.
CERIA: (Dari empat kiri) Teresa, Lau serta yang lain memotong kek sempena sambutan Tahun Baharu Cina Tadika YMCA Yakin Diri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia