Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes rusuhan di Batu Kawa diburu

Polis kini sedang mengesan saki-baki sekumpulan lelaki yang dilaporkan merusuh di sebuah rumah

- Oleh Jeremy Lanson Ketua Polis Daerah Padawan

KUCHING: Polis kini sedang mengesan sakibaki sekumpulan lelaki yang dilaporkan merusuh di sebuah rumah di Batu Kawa pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang daripada suspek iaitu lelaki tempatan berusia 20-an telah ditangkap kelmarin.

Menurutnya, suspek terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan

atas kesalahan merusuh menggunaka­n senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Pihak polis memandang serius ke atas apa-apa jua jenayah yang berlaku dan dalam kes merusuh ini, operasi untuk kesan dan tangkap kesemua suspek juga dibantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Kita percaya tangkapan susulan ke atas saki baki rakan sejenayah akan dapat dilakukan dalam tempoh terdekat ini,” katanya menerusi satu kenyataan

kelmarin.

Insiden rusuhan tersebut tular selepas video kejadian dikongsi oleh sebuah portal berita melalui aplikasi

Telegram.

Rakaman video tersebut menunjukka­n sekumpulan lelaki telah merusuh dengan bersenjata­kan objek tajam dan

batang besi.

“Kumpulan suspek telah masuk ke pekarangan sebuah rumah di Jalan Batu Kawa dan memecahkan harta benda di pekarangan rumah tersebut.

“Tiadasebar­angkeceder­aan dilaporkan dan motif rusuhan masih dalam siasatan,” katanya.

“Pihak polis memandang serius ke atas apa-apa jua jenayah yang berlaku dan dalam kes merusuh ini, operasi untuk kesan dan tangkap kesemua suspek juga dibantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen ” (IPK) Sarawak. Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

 ?? ?? RUSUH: Tangkap layar rakaman video yang dikongsika­n melalui aplikasi Telegram.
RUSUH: Tangkap layar rakaman video yang dikongsika­n melalui aplikasi Telegram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia