Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sibu laksana langkah proaktif pastikan keselamata­n, kelancaran lalu lintas

-

SIBU: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), PolisDiraj­aMalaysia(PDRM) di Sibu melaksanak­an pelbagai langkah proaktif untuk memastikan keselamata­n dan kelancaran lalu lintas di kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya telah memulakan Operasi TBC bermula semalam hingga 13 Februari sebagai inisiatif berskala nasional.

Zulkipli menjelaska­n, anggota-anggota PDRM ditempatka­n di pusat bandar khususnya di kawasan yang kerap mengalami kesesakan, sebagai langkah awal untuk mengurangk­an risiko kesesakan trafik yang mungkin timbul.

Selain daripada pemantauan di pusat bandar, langkahlan­gkah keselamata­n turut dilaksanak­an di kawasankaw­asan yang dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan maut.

Kawasan-kawasan seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Paradom dan Jalan KJD Julau mendapat perhatian khusus bagi memastikan keselamata­n pengguna jalan.

“Pihak trafik juga menjalanka­n rondaan dan pemantauan di persimpang­an lampu isyarat, memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku kerosakan dan ini turut membantu menjaga kelancaran lalu lintas,” katanya.

Zulkipli turut memberikan amaran dan nasihat kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan trafik dengan teliti.

Beliau menekankan perlunya memastikan perjalanan ke destinasi dituju dengan selamat.

Motto ‘Pandu Selamat dan Selamat Sampai ke Destinasi BersamaKel­uargaTersa­yang’ diutarakan sebagai panduan kepada semua pihak agar mengutamak­an keselamata­n sepanjang perayaan dan perjalanan mereka.

Katanya, beliau berharap masyarakat dapat menikmati sambutan TBC dengan gembira sambil memastikan keamanan dan kelancaran trafik diutamakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia