Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan dinding gabion atasi hakisan tanah

Pemasangan dilaksana berikutan permintaan penduduk yang tinggal berhampira­n Jalan Kiong Kiong, Sibu

- Oleh Andy Sabang Kevin Lau

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) memasang dinding gabion bagi mengatasi masalah hakisan tanah di Jalan Kiong Kiong di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam MDLBS Kevin Lau berkata, pemasangan itu dilaksanak­an berikutan permintaan penduduk yang tinggal berhampira­n.

“Saya telah melawat kawasan itu pada penghujung Mei tahun lalu dan semasa lawatan itu penduduk setempat meminta agar jalan itu diperbaiki terutama di Jalan Kiong Kiong.

“Olehkerana­jalanyanga­gak panjang, kami memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk memasang dinding gabion bagi keseluruha­n jalan.

“Kita lakukan secara berfasa dan untuk seterusnya ahli majlis dan jabatan kejurutera­an berusaha mendapatka­n dana,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya juga akan terus melakukan susulan mengenai dana dan fasa projek berikutnya.

“Kami menghargai usaha rakan-rakan kami di Bahagian Kejurutera­an MDLBS yang memahami keadaan dan mengutamak­an keselamata­n di Jalan Kiong Kiong.

“Usaha mereka membolehka­n kami

Saya telah melawat kawasan itu pada penghujung Mei tahun lalu dan semasa lawatan itu penduduk setempat meminta agar jalan itu diperbaiki terutama di Jalan Kiong Kiong.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam MDLBS

meneruskan fasa pertama yang meliputi jarak lebih 30 meter,” jelasnya.

Lau juga menyebut, MDLBS akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesai­kan masalah tersebut.

Sementara itu Lau yang juga pengerusi Jawatankua­sa Komuniti dan Pembanguna­n Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan berkata, cawangan parti itu menganjurk­an perkhidmat­an bergerak dan melawat rumah

di kawasannya pada setiap bulan.

Beliau berkata, tujuannya adalah untuk mewujudkan

hubungan yang lebih erat dengan penduduk dan memahami keperluan mereka.

 ?? ?? PANTAU: Lau (kanan) memeriksa kemajuan pemasangan dinding gabion di Jalan Kiong Kiong, baru-baru ini.
PANTAU: Lau (kanan) memeriksa kemajuan pemasangan dinding gabion di Jalan Kiong Kiong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia