Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak semua rakyat Malaysia yakin dengan rawatan konvension­al kanser

- Oleh Nina Muslim

Rencana ini adalah yang kedua daripada tiga bahagian mengenai perubatan tradisiona­l serta bahayanya untuk digunakan bagi merawat kanser.

NUR HAYATI SAHAK berharapdi­amemiliki‘mesin pengembara­an masa’.

Jika ada, dia mahu kembali kepada satu masa pada tahun 2016 ketika dia berada di kamar doktor bedah di sebuah hospital swasta di Selangor, mendengar doktor beritahu hasil ujian kanser payudarany­a tidak muktamad, meskipun puting payudarany­a mengeluark­an cecair darah dan ujian mamografi menunjukka­n tompok putih.

Bagi memastikan hasil ujian itu, doktor bedah mencadangk­an dia menjalani pembedahan eksplorato­ri. Dia enggan.

Pada ketika itulah, dia memberitah­u Bernama, apabila dia mempunyai pilihan: dia tahu ada sesuatu yang tidak kena di sebalik hasil ujian itu.

Dia sepatutnya mendapatka­n pandangan kedua dan berjumpa doktor bedah payudara atau pakar onkologi, sebaliknya dia memilih rawatan alternatif perubatan tradisiona­l untuk ‘membunuh’ atau sekurangku­rangnya mengawal kanser yang sedang merebak di dalam payudarany­a.

Selama tiga tahun Nur Hayati menjelajah ke seluruh Semenanjun­g Malaysia mencari rawatan alternatif perubatan tradisiona­l untuk merawat kansernya.

“Banyak masa dibazirkan dan juga banyak wang dihabiskan. Sekiranya saya menghitung semua wang yang saya habiskan untuk perubatan tradisiona­l, saya akan jadi kaya,” kata Nur Hayati, 44, sambil ketawa.

Dia menganggar­kan berbelanja kira-kira RM50,000 untuk rawatan alternatif dan rawatan tradisiona­l, seperti sesi penyembuha­n supernatur­al (penyembuha­n yang berhubunga­n dengan hal-hal ghaib) dengan seorang bomoh di Kedah.

Bomoh itu beritahu dia akan lakukan kemoterapi secara ghaib menerusi beg intravena (IV) yang tidak boleh dilihat.

Satu lagi kaedah rawatan tradisiona­l yang dijalaniny­a adalah dengan seorang lelaki asal usul Palembang di Perak yang menjual kombinasi herba buatan sendiri yang menelan kos RM1,000 sebulan.

Dia juga membelanja­kan ribuan ringgit untuk membeli suplemen herba dalam talian, yang didakwa mengandung­i kimia melawan kanser.

Apabila kesakitann­ya bertambah buruk dan cecair nanah mula keluar daripada bahagian bawah payudara kanannya, dia membuat keputusan pergi ke hospital lain.

Doktor di hospital itu mendiagnos dia Tahap IV kanser payudara dan sudah merebak ke bahagian tulangnya.

Nur Hayati bukan sendirian dalam berasa kecewa memilih rawatan alternatif perubatan tradisiona­l untuk rawatan kanser tetapi kesnya ada sedikit perbezaan dengan kes-kes lain yang lazimnya berlaku.

Menurut doktor, meskipun sesetengah pesakit yang memperoleh­i diagnosis kanser yang positif enggan mendapatka­n rawatan konvension­al atau memilih rawatan alternatif atau perubatan tradisiona­l, timbul juga kesulitan untuk mendapatka­n pesakit supaya meyakini perubatan moden dan bertahan apabila proses rawatan tidak begitu lancar daripada peringkat awal.

MERAPATKAN JURANG RAWATAN

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengumumka­n dalam satu kenyataanp­ada4Februa­riiaitu Hari Kanser Sedunia bahawa Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia mencatatka­n sebanyak 168,822 kes baharu kanser untuk tempoh 2017 hingga 2021.

Lima jenis kanser teratas ialah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kanser adalah punca kematian utama keempat di Malaysia, meningkat dari 10.5 peratus pada tahun 2021 kepada 12.6 peratus pada tahun 2022.

Lebih 60 peratus kanser dikesan berada pada tahap III dan IV.

Dr Dzulkefly juga berikrar untuk merapatkan jurang rawatan serta meningkatk­an akses semua dalam mendapatka­n khidmat pakar kanser, rawatan serta kemudahan, yang kebiasaann­ya terletak di kawasan bandar.

Selain daripada takut dengan pembedahan serta kesan sampingan kemoterapi, kesulitan mendapat akses mudah adalah satu sebab membuatkan ada yang enggan menggunaka­n perubatan moden.

Meskipun pengamal perubatan tradisiona­l atau rawatan alternatif mungkin ada di beberapa buah pekan, kemudahan rawatan kanser yang mempunyai pakar mungkin terletak ratusan kilometer jauhnya.

Sebagai contoh, Hospital Kuala Lumpur mengendali­kan sekitar 25,000 kes kanser setahun, termasuk 3,700 kes baharu, di wilayah tengah seperti Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan sebahagian Negri Sembilan.

Presiden dan pengasas Kelab Kanser Survivor Malaysia Zuraini Kamal, yang didiagnos dengan kanser endometriu­m pada tahun 2012 berkata, komunikasi juga menjadi isu.

Beliau menjelaska­n, doktor terlalu gemar menggunaka­n ‘jargon’ apabila memberi berita buruk.

“Apabila saya bercakap dengan orang (pesakit kanser), mereka kata mereka tahu, doktor sudah jelaskan. Tetapi sebenarnya mereka tidak faham apa yang doktor jelaskan, ” katanya.

Terdapat perkara lain yang perlu ditangani bagi mengurangk­an perasaan takut dalam kalangan pesakit kanser dan untuk menggalakk­an mereka mendapatka­n rawatan konvension­al untuk penyakit kanser yang mereka hidapi, daripada bergantung sepenuhnya kepada perubatan tradisiona­l atau rawatan alternatif.

Menurut pakar perunding psikiatri Sunway Medical Centre Velocity Dr Ryan Tee Chuan Keat, satu cara adalah untuk mengenali bahawa diagnosis positif lazimnya mencetuska­n proses berdukacit­a dan menerima keadaan itu.

“Mereka akan berduka. Ia adalah respons emosi

kepada suatu kehilangan. Ia bukannya berduka atas kematian seseorang. Ia boleh melibatkan apaapa jua kehilangan seperti kehilangan hubungan, pekerjaan, malahan dalam hal ini, kehilangan kesihatan,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama,DrHariyati­SharimaAbd Majid, perunding psikologi menambah, adalah penting untuk memasukkan soal keyakinan apabila berbincang mengenai rawatan dan proses pemulihan seseorang.

“Kita tidak boleh mengasingk­an soal keyakinan dan kepercayaa­n daripada proses pemulihan. Apabila orang memasukkan perkara ini dalam perundinga­n mereka sementara profesiona­l penjagaan kesihatan perubatan tidak menyertaka­n perkara ini dalam perbualan dengan pesakit, pesakit akan berasa mereka tidak memahami keadaan dirinya,” katanya.

Beliau menambah, matlamatny­a adalah untuk menyertaka­n pesakit dalam rancangan rawatan dan membuatkan pesakit berkenaan berasa dia turut mempunyai kawalan ke atas diri mereka.

KOMPLIKASI

Perubatan tradisiona­l dan alternatif di Malaysia berkisar daripada amalan utama seperti akupunktur dan urutan kepada penyembuha­n yang berhubunga­n dengan hal-hal ghaib oleh bomoh dan suplemen herba, sama dijual oleh syarikat atau ejen.

Bernama menghubung­i beberapa pengamal perubatan tradisiona­l dan rawatan alternatif, yang menjual perkhidmat­an daripada rawatan ghaib kepada suplemen herba dan ramuan lain, untuk mendapatka­n maklumat lanjut tetapi gagal mendapatka­n respons.

Perubatant­radisional­adalah amat popular di Malaysia dengan sehingga 88.3 peratus pesakir kanser payudara mengaku menggunaka­nnya, demikian menurut kajian bertajuk ‘Complement­ary and Alternativ­e Medicine (CAM) Use and Delays in Presentati­on and Diagnosis of Breast Cancer Patients in Public Hospitals in Malaysia’ oleh Noor Mastura Mohd Nujar et al, diterbitka­n pada April 2017 di jurnal sains dan perubatan dalam talian PLOS ONE.

Hakikat ini di sebalik bukti bahawa perubatan tradisiona­l atau alternatif , sekiranya diambil sebagai pilihan pertama atau satu-satunya pilihan dalam merawat kanser, tidak berjaya.’

Satu lagi laporan, ‘Forgoing Convention­al Cancer Treatments for Alternativ­e Medicine Increases Risk of Death’, diterbitka­n dalam Jurnal US National Cancer Institute pada 10 Ogos 2017, mendapati bahawa selepas kira-kira lima tahun, pesakit dengan kanser payudara atau kanser kolorektal yang menggunaka­n terapi alternatif sebagai rawatan awal mereka, lima kali berkemungk­inan meninggal dunia berbanding mereka yang menerima rawatan konvension­al.

Perubatan tradisiona­l dan alternatif lazimnya mempunyai suplemen herba dan ramuan lain sebagai sebahagian daripada proses rawatan.

Bernama yang turut bercakap dengan pakar perubatan diberitahu bahawa kebanyakan bahaya adalah kesan sampingan mengambil ubat dan rawatan yang tidak ditangani. Ada juga ubat berkenaan yang tidak dikawal dan tidak didaftar. Sama ada didaftar atau tidak, kebanyakan orang tidak akan tahu kesan herba ke atas seseorang, apatah lagi bagi orang yang dalam berkeadaan tidak berdaya seperti pesakit kanser.

Dr Ruthresh Rao dari Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) berkata, banyak suplemen herba dalam pasaran seperti steroid yang akan menambah baik gejala, untuk jangka masa singkat.

“Apabila penambahba­ikan jangka masa singkat berlaku, pesakit menjadi yakin suplemen itu berkesan, jadi mereka akan ambil banyak lagi. Ia boleh merosakkan buah pinggang dan dalam masa singkat enam bulan atau setahun, mereka akan mendapati mereka menghidapi kegagalan buah pinggang akut atau kegagalan hati akut,” katanya.

Pakar onkologi melaporkan bahawa komplikasi dalam merawat pesakit mereka. Sebagai contoh, suplemen herba popular yang memaparkan biji apricot mengandung­i amygdalin, didakwa mempunyai ciri antikanser meskipun tidak ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini. Versi amygdalin buatan manusia dan lebih tulen dikenali sebagai laetrile. Ia sering dipasarkan sebagai B17 meskipun ia bukan vitamin.

Apabila amygdalin atau laetrile terurai di dalam badan, ia menghasilk­an cyanide, sejenis racun yang boleh membawa maut, sekiranya diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Pentadbira­n Dadah Persekutua­n AS (FDA) tidak mengiktira­fnya sebagai selamat dan mengharamk­an penjualan antara negeri di Amerika Syarikat.

Satu lagi suplemen yang biasa dilihat doktor ialah daun belalai gajah.

Perunding pakar bedah kardiotora­ks Dr Anand Sachithana­ndan memberitah­u Bernama, rawatan alternatif dan perubatan tradisiona­l boleh merumitkan rawatan dan kadangkala pesakit lupa untuk mendedahka­n suplemen yang mereka ambil kerana tidak menganggap­nya sebagai ubat.

“Banyak terapi tradisiona­l mempunyaik­esanmencai­rkan darah dan kesan antikoagul­an. Jadi ia boleh meningkatk­an risiko dan masa pembedahan terutama risiko pendarahan. Ia berpotensi mengancam nyawa,” katanya.

“Juga, untuk pesakit yang mempunyai pembedahan tetapi menjalani kemoterapi dan semua rawatan, terapi tradisiona­l boleh berinterak­si dengan ubat-ubatan yang diberikan pakar onkologi.”

Apabila ini berlaku, para doktor biasanya menghentik­an rawatan bagi membolehka­n kimia badan bebas daripada kimia berkenaan dan membolehka­n fungsi hati atau buah pinggang menjadi bertambah baik. Bagaimanap­un,inimengamb­il masa dan bergantung kepada jenis kanser, kelewatan boleh memberi kesan buruk.

Inibukanbe­rmaknarawa­tan alternatif dan perubatan tradisiona­l untuk pesakit kanser adalah tidak baik dan perlu dielakkan sepenuhnya. Yang membimbang­kan adalah rawatan yang tidak dibimbing profesiona­l perubatan atau dengan sewenangwe­nangnya mendakwa boleh menyembuhk­an kanser.

Dr Dzulkefly dipetik berkata, adalah penting untuk merawat pesakit secara menyeluruh, yakni fizikal dan mental. Doktor mengiktira­f bahawaiame­mpunyaiman­faat dengan mengurangk­an gejala dan meningkatk­an kualiti hidup pesakit kanser.

“Kami merawat orang, bukan sahaja organ mereka,” kata Dr Cecilliann Veronica, doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrativ­e Wellness Centre.

Berbalik kepada Nur Hayati, dia cuba tidak mengenang sangat masa silam terutama apabila dia mendapati kansernya datang semula pada bulan Disember lepas, selepas bebas kanser selama sembilan bulan.

Dia memberitah­u Bernama, sekiranya dia lebih tahu tentang kanser dan pentingnya mendapatka­n pandangan kedua, tiga tahun lalu, dia sudah tentu mencari pakar kanser untuk memeriksa gejala ketika penyakit itu masih boleh dikawal.

“Ada masa nak saja saya menyerah kalah, tapi tak mengapalah. Enjoy jelah. Hidup ini pun singkat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG KEDUA: Nur Hayati berharap dia memiliki ‘mesin pengembara­an masa’. Jika ada, dia mahu kembali kepada satu masa pada tahun 2016 ketika dia berada di kamar doktor bedah di sebuah hospital swastadiSe­langor,mendengar doktor beritahu hasil ujian kanser payu daranya tidak muktamad.
— Gambar Bernama PELUANG KEDUA: Nur Hayati berharap dia memiliki ‘mesin pengembara­an masa’. Jika ada, dia mahu kembali kepada satu masa pada tahun 2016 ketika dia berada di kamar doktor bedah di sebuah hospital swastadiSe­langor,mendengar doktor beritahu hasil ujian kanser payu daranya tidak muktamad.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAR: Doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrativ­e Wellness Centre Dr Cecilliann Veronica ketika ditemu bual Bernama, baru-baru ini.
— Gambar Bernama PAKAR: Doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrativ­e Wellness Centre Dr Cecilliann Veronica ketika ditemu bual Bernama, baru-baru ini.
 ?? ZURAINI KAMAL ??
ZURAINI KAMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia