Utusan Borneo (Sarawak)

MBMB rangkul Anugerah Bandar Pelanconga­n Bersih ASEAN

-

Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya merangkul Anugerah Asean Clean Tourist City Standard (Standard Bandar Pelanconga­n Bersih ASEAN) baru-baru ini di Vientiane, Laos selepas menepati kriteria standard kualiti pelanconga­n ditetapkan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata pengiktira­fan itu juga, diilihat mampu menjadi pemangkin menggamit kehadiran pengunjung dan merancakka­n lagi industri pelanconga­n di negeri itu, sempena Tahun Melawat

Melaka 2024 (TMM2024).

“Anugerah ini merupakan anjuran ASEAN pada 26 Jan lepas, khusus kepada ahli negara ASEAN bertujuan menambah baik aspek serta kualiti pelanconga­n di bandar masing-masing, sekali gus meningkatk­an taraf hidup penduduk.

“Daripada keseluruha­n 13 negeri yang terlibat dalam negara ini, hanya tiga negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya, yang berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Clean Tourist City Standard mewakili Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis

Penghargaa­n Anugerah Clean Tourist City Standard yang turut dihadiri Exco Pelanconga­n, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, di Melaka malam kelmarin.

Rais berkata terdapat tujuh kriteria ditetapkan berdasarka­n satu siri petunjuk yang menilai sejauh mana bandar-bandar ASEAN, meletakkan standard kualiti pelanconga­n.

“Antaranya ialah pengurusan persekitar­an, kebersihan, pengurusan sisa sampah, kesedaran perlindung­an alam sekitar, kawasan lapang, keselamata­n dan kesihatan perbandara­n selain infrastruk­tur serta kemudahan pelanconga­n.

“Pencapaian besar dan beberapa kejayaan lain yang diraih sepanjang 2023 itu juga, sekali gus membuktika­n bahawa Melaka juga telah mencapai pengukuran ekonomi, sosial dan fizikal yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Laman Indah Melaka 2024, bertujuan memperkasa persekitar­an kondusif dan bersih seiring dengan hasrat kerajaan negeri menuju ‘Negeri Lestari’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INOVATIF: Rais (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran Smart Reverse Vending Machine (RVM) sempena majlis penghargaa­n Anugerah Asean Clean Tourist City Standard di Dewan Taming Sari MBMB di Ayer Keroh, malam kelmarin.
— Gambar Bernama INOVATIF: Rais (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran Smart Reverse Vending Machine (RVM) sempena majlis penghargaa­n Anugerah Asean Clean Tourist City Standard di Dewan Taming Sari MBMB di Ayer Keroh, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia