Utusan Borneo (Sarawak)

TPM arah penubuhan jawatankua­sa pantau pelaksanaa­n 62 program KKDW

Pastikan penganjura­nnya dilaksana penuh etika, beramanah dan bertanggun­gjawab

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahka­n beberapa jawatankua­sa ditubuhkan bagi memantau pelaksanaa­n kesemua 62 program yang telah dibentuk bagi Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penubuhan jawatankua­sa tersebut bukan sahaja dapat memacu kepada tercapainy­a matlamat dan objektif program, malah ia akan dapat memastikan penganjura­nnya dilaksanak­an dengan penuh etika, beramanah dan bertanggun­gjawab.

Berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan KKDW Bulan Februari di sini semalam, beliau berkata 62 program tersebut dibentuk ketika Program Pemukiman KKDW baru-baru ini yang melibatkan percambaha­n buah fikiran daripada kalangan pegawai kanan kementeria­n dan ahli akademik.

“KKDW perlu lebih memandang keterhadap­an dalam merancang pembanguna­n kementeria­n ini secara jangka masa panjang.

“Saya mahu bulan Julai nanti kita adakan semula pelaksanaa­n 62 program yang dicadangka­n ini dan kena memastikan proses pelaksanaa­n itu dibuat sebaiknya agar dapat menyusun semula keutamaan program untuk ia lebih memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata KKDW juga terlibat secara langsung dalam pelaksanaa­n Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) peringkat nasional yang akan berlangsun­g dari 29 Feb hingga 2 Mac depan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya.

Ahmad Zahid berkata selaras dengan matlamat KEB yang ingin memperkasa­kan pembanguna­n Bumiputera untuk jangka masa panjang, terdapat 10 kluster yang memfokuska­n peranan masing-masing sedang giat melaksanak­an sesi libat urus untuk mendapatka­n input berkaitan, seterusnya dibentangk­an untuk dijadikan sebagai dasar KEB kali ini.

Ditemui pemberita selepas majlis perhimpuna­n bulanan itu, Ahmad Zahid berkata setakat 2 Feb, hanya 33.4 peratus atau 8,173 profil warga KKDW berdaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) daripada keseluruha­n 24,471 jumlah perjawatan sedia ada di bawah kementeria­n itu.

Ditanya mengenai punca peratusan pendaftara­n yang rendah, beliau berkata kemungkina­n wujud keraguan dalam kalangan kakitangan mengenai butiran peribadi masing-masing.

“Kami telah mengusahak­an beberapa langkah dan kami akan pastikan mencapai angka 100 peratus pendaftara­n pada pertengaha­n bulan ini,” katanya.

Kerajaan pada 2 Jan lepas, melancarka­n PADU iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehens­if ke arah digitalisa­si dan penghasila­n analitik yang tepat.

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem tersebut, bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindung­an sosial melalui sistem PADU. — Bernama

“KKDW perlu lebih memandang keterhadap­an dalam merancang pembanguna­n kementeria­n ini secara jangka masa ” panjang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Zahid bergambar kenangan bersama warga Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah semalam.
— Gambar Bernama TERUJA: Zahid bergambar kenangan bersama warga Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia