Utusan Borneo (Sarawak)

‘Energy stick’: Orang ramai diminta salur aduan ke SISPAA KPM

- JOHOR BAHRU:

Orang ramai diminta menyalurka­n aduan mengenai penggunaan produk penyedut hidung atau energy stick dalam kalangan pelajar di laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata ia penting bagi memastikan kementeria­n dapat mengambil langkah sewajarnya berhubung perkara itu sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.

“Bagaimanap­un, setakat ini KPM masih belum menerima sebarang aduan melibatkan sekolah rendah dan menengah, tetapi sekiranya ada kita akan ambil tindakan tegas bagi memastikan kesihatan dan kebajikan pelajar terjamin.

“Kita mahu orang ramai khususnya pentadbira­n setiap sekolah memantau perkara ini dan jika ada berlaku apa-apa kes, mereka hendaklah terus melaporkan kepada KPM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) Negeri Johor 2024 di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor di sini semalam.

Beliau berkata KPM mempunyai pasukan untuk memantau aduan yang diterima dan setiap aduan akan dibincangk­an dalam mesyuarat pasca-Kabinet.

Katanya, selain laman web SISPAA iaitu https://moe. spab.gov.my/eApps/system/ index.do aduan berhubung perkara itu juga boleh disalurkan terus kepada JPN dan juga Pejabat Pendidikan Daerah.

Wong berkata KPM turut mengalu-alukan tindakan penguatkua­saan oleh pihak Kementeria­n

Kesihatan (KKM) terhadap peniaga yang menjual produk tersebut terutamany­a kepada pelajar sekolah.

Pada Ahad lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui pihaknya menerima aduan dan akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia